Saturday, October 13, 2012

dugaan trimester pertama kehamilan

Assalamualaikum..

dah lama tak update blog... kesihatan tak mengizinkan.. sekarang dah 8 minggu nak masuk 9 minggu pregnant... memang banyak dugaan ibu mengandung rupanya,.. sekarang baru faham macam mana mak kita mengandungkan kita dulu.. besar sgt2 pengorbanan mereka...

start masuk 6 minggu preggy dah macam2 alahan.. tak boleh bau rumah sendiri la, tak boleh bau orang menumis, tak boleh mkn sayur la and mcm2 lagi..nasib boleh bau suami kalau tak, confirm kena duduk asing2...

sampai sekarang tak boleh nak  masak lagi..kesian suami saya hari-hari makan makanan luar je.. kesian sgt2..tapi nasib ada suami yang memahami...dia layan je semua kerenah, dia yang basuh baju sekarang,..hanya Allah dan suami je tau macam mana keadaan saya sekarang... luar maybe orang nampak kita ok, tapi dalaman hanya Allah je tau...

boleh dikatakan sejak dua tiga minggu ni dalam seminggu hanya boleh pergi kerja du hari je.. kalau hari ni ok, esok confirm tak boleh kerja pulak,,sbb bila kerja semua all out walaupun kesihatan tengah menderita..sbb kita terpaksa.. bila kerja semua lupa kadang2 bila ada urgent matter tu berlari sbb nk cepat sangat sampai lupa ngah pregnant.. dah dua tiga kali bleeding sikit sepanjang pregnant ni. doctor bagi duphaston nama ubat tu kalau tak silap eja macam tu sebab doctor kata rahim tak kuat sgt lagi sebab tu ada darah...

kadang-kadang bukan nak mengadu and nak give up dengan keadaan kesihatan ni..cuma kadang-kadang terus automatic akan nangis sebab letih sgt2 dengn keadaan ni..sampaikan saya cakap kat husband bila la nak jadi macam ni...husband suruh sabar and jangan lemah sbb takut nanti anak pun erikut jadi lemah...tapi nak buat macma mana sbb hari2 saya pening dari bangun pagi sampai malam nk tidur and esok sambung lagi macam biasa.. dalam beg mesti kena ada sesuatu yang masam untuk hilangkan loya..bukan hilangkan actually utk kurangkan rasa coz loya takkan hilang jugak...

sekarang cuma berdoa kat Allah untuk kembalikan kesihatan macam biasa..harap-harap bila trimester pertama ni berakhir, kesihatan pun kembali ok.. dah tak sabar nak kemas rumah macam biasa, nak masak untuk suami, nak makan dengan senang and dapat pergi kerja dengan OK...walaupun saya ni bukanlah rajin sangat tapi bila dah kena macam ni terasa jugak bila kita tak dapat nak buat semua tugas tu....sbb kesian kat suami...

kepada bakal-bakal ibu di luar sana, bersedialah menempuh alam ni.... doakan saya dapat bertahan dan bersabar.. memang dugaan sangat besar tapi tak sabar nak tunggu baby keluar... semoga Allah permudahkan segalanya.. ;)

p/s: terima kasih suamiku sngat2 terharu dengan pengorbanan selama berapa minggu ni...klu abe baca ni tenkiu sgt2... i luv u so much..;)

No comments:

There was an error in this gadget