Saturday, November 12, 2011

dah boleh start excited yg melampau!

salam.hai.apa khabar semua. happy tak arini? hihi. sy happyyy sgt100000000x..muahahaha.

semalam mama call dari Mekah..mama jalan2 kat kedai ternampak kain lace yg cantik...so mama call cakap dia nak beli untuk kahwin nanti...hihihi

apa lagi??gembira bagai la dengar brita tu...gembira sebab mcm ayah dah dapat confirm tarikh yang sesuai..sebelum ni ayah cakap ayah nak pikir tarikh dulu..almaklumlah ayah sy ni busy sgt2 yang amat2 mcm perdana menteri..hehehe.

tapi kalau lace macm sarat la pulak nak buat untuk nikah kan....asalnya plan nk tempah baju nikah je..baju untk reception nk sewa je....tapi nmpak mcm dh berubah plan la....dua2 pun tempah...

so, pasni dah boleh pikir step seterusnya untuk preparation la...yeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaa! exciteddd! ;)

thanks for reading...;)

Thursday, November 10, 2011

SAYA DAH NAK MATI? SEDANG BERTUNANG DGN KEMATIAN

salam semua. sihat tak? harap2 sihat la yer.

pelik and takut tak dengar tajuk entry ni? sy dah nak mati. yup, memang sy dah nak mati. bukan sy je tapi semua orang dah nak mati cuma tak tau bila and tak sedar diri je lagi yang kita semua akan mati. betul tak? and semua orang pun sedang bertunang dengan kematian. cuma tarikh untuk berkahwin dengan kematian je belum tau lagi.

sebenarnya minggu lepas mama sy call dari Mekah. time tu baru 4 atau 5 hari dia kat Mekah. tapi, masa mama call tu mama tanya "tie nak jubah kan?". sy jadi pelik sebab awal lagi kalau mama nak pikir pasal beli2 jubah ni.Haji pun tak start lagi. so, sy tanya "nape mama tanye pasal jubah ni, kan lame lagi nak balik?" lepas tu baru la mama berani nak citer hal sebenar. mama cakap "sebenarnya malam tadi mama mimpi tie, mama mimpi tie mati". Astagfirullah...terkejut sy dengar terus meleleh air mata. sy pun ckp kt mama nape mama mimpi mcm tu sedih sgt2. lagi2 mimpi kat Mekah. Mama pun cakap yag die sedih sgt2 time mimpi and lepas sedar dari mimpi pun sedih sgt2 lagi. tapi, mama cakap, ayah cakap panjang umur la tu kalau mimpi macam tu. Harap2 sgt la ape yg ayah cakap tu betul kan. tak bersedia lagi nak mati. persiapan nak ke alam sana pun tak banyak lagi. ;(. bila bagitau mek(nenek) yg kat Mekah jugak sekarang ni, mek cakap "tie nak sembuh la tu". sembuh maksud die sebab sy selalu sgt sakit2 dlm perut and sakit2 lain so maybe nak sembuh la.

so, apa pendapat korang. korang tau tak pasal tafsir mimpi ni? orang cakap mimpi ni mainan syaitan. tapi ade jugak yang boleh ditafsir. kalau siapa ade tau ape2 yang boleh menenangkan sikit hati ni tolong la share yer.. 

ape2 pun berdoa je la banyak2 kat Allah untuk dipanjangkan umur ni kan. mimipi ke tak mimpi ke same je kan. semua pasti mati. *sedapkan hati sendiri*;)

sekian, thanks for reading..

p/s: sesiapa yang kenal diri ni kalau ada salah and silap maaf kan yer. kita semua tak tau bila turn kita. yang pasti kita sedang bertunang dengannya.

Friday, August 26, 2011

Entry yang orang jarang nak baca

Assalamualaikumwarahmatullah...saya nak citer pasal penyakit ..entry yang jarang orang nak baca..betul tak? confirm ada yang bengang giler kalau tengok titile mcm nak bagi tips pasal entry yang orang jarang nak baca rupa-rupanya pasal penyakit..soriiiiiiii..hihihi. kalau dah marah boleh sila klik butang x kat sebeah kanan kat atas.

sekarang saya baru balik dari rumah-rumah orang di kawasan kampung ni..nenek saya pergi bagi zakat.
apa yang saya boleh buat kesimpulan, 3/5 rumah yg kami pergi mesti ada yang kena stroke. maknanya ramai sangat yang kena stroke. ada yang betul2 dah tua dalam 70an and ada jugak yang baru dalam 50an.

ada yang sorang tu, jari dia dah kena potong satu sebab kencing manis. maknanya dia kena stroke lepas tu ada kencing manis lagi. kesian sgt2.

apa perkara penting sekali untuk mengelakkan kita daripada penyakit2 mcm ni? jawapannya confirm la dari pemakanan kita. so, jaga la pemakanan kita sejak muda-muda lagi. ambik nutrisi yang sihat. bagus untuk sel-sel badan kita. Jadi, cuba la herbalife..*iklan jap*hehe.

sekian.;)

Thursday, August 25, 2011

First time puasa dengan herbalife. Siapa nak dapat income yang luar biasa?

salam 25 Ramadhan semua. harini and semalam rajin pulak nak mengupdate. biasa la dah dapat mc puasa so rajin la kan sekarang takyah terawih. kalau puasa kita puasa keseluruhannya. tapi tak puasa pun dalam bulan yang penuh barakah ni and tinggal beapa hari je lagi ni jangan malas nak cari pahala banyak2 yer kawan2. *intro dah jadi sesi tanyalah ustazah.

selalunya bila time puasa badan saya takkan kurus tapi akan bertambah naik. so bila raya boleh buat pertunjukan dagu berlapis kat tetamu-tetamu yg datang. bila time berbuka makan sampai perut nak pecah, pastu lepas terawih mkn lagi, pastu  lewat2 mlm pun mkn lg sebab nak manfaatkan masa yg boleh mkn tu. pastu sahur lagi. tapi sahur tak mkn bnyk pun.biasanya kalau kat umah sewa menu sahur ialah mkn biskut cicah dgn air teh atau air2 panas yg lain. penah sekali je dlm idup trun berat time puasa tu pun sebab tak sihat sepanjang buln puasa. mkn nasi senonet pastu berpantang takleh minum ais.

tapi sekarang, sy turun 2 kg dlm bulan puasa ni. 2 kg pun kira amazing tau bg org2 yang feveret dia mkn mcm sy ni. kiranya total berat penurunan berat badan sy dalam masa 2 bulan start 26 jun 2011 smpai arini 25 august 2011 ialah 5 kg. berat dari 60 dah jadi 55. ni semua pertolongan herbalife! tanpa herbalif maybe susah nak turun berat walaupun puasa. sebabnya time berbuka minum ais bergelas2 pastu mkn itu mkn ini. tapi, after terawih sy cover balik dengan herbalife. ada orang dia berbuka dengan kurma then terus amek herbalife. pastu after terawih baru dia makan segala mcm apa yg dia nak mkn. sebenarnya bg sy depends kpd individu  kot yg mana dia rasa ok untuk badan dia.



this ramadhan is my first time sahur dgn herbalife. memang sgt amazing. herbalife boleh bagi energy kat badan kita throughout the day. tak rasa lapar and sakit perut memang gastrik pun tak berani nak memberontak dalam perut sebab herbalife dah tolong saya! yang lagi best, nenek sy yg umur 73 tahun pun dah start consume herbalife. so, time sahur kitorang sama2 shake kasi gegar pagi2 buta tu.hehehe. senang je, tak yah nak pikir nak mkn apa time sahur nak bagi ada tenaga. memang sgt2 mudah dan cepat. so, kalau qiamullail tu boleh amek masa panjang coz tak yah nak prepare apa2 untuk sahur. kalau imsak pukul 540, pukul 530 pun sempat lagi nak bersahur.

nenek sy ada masalah perut maybe ada kaitan ngn usus dia. dia takleh makan pedas sikit pun confirm lepas tu terus cirit. makanan yang dimasak semalam kalau letak dalam peti and panaskan semula pun dia takleh makan. tapi, since amek herbalife ni kitorang perasan dia dah boleh makan pedas sikit and makanan semalam pun dia boleh makan. maknanya herbalife dah membantu perut dia. see, herbalife boleh membantu menyihatkan badan betul tak? Alhamdulillah...

kalau korang kenal blogger yg agak femes ni jugak nama dia joegrimjow, korang boleh tengok mcm mana dia boleh turun berat badan 12 kg dlm masa 3 bulan.

oh, pasal income pulak kalau korang betul2 minat nak berbisnes boleh jadi member herbalife. hanya start dengan RM98 je korang dah boleh start bisnes. kalau jadi member dapat discount 25%. so, kalau ada customer yg nak beli korang dah boleh dapat untung 25% banyak tu. pastu boleh dapat 35%,42% and 50%. best tak? kalau nak tau boleh tanya.. tak rugi join herbalife. serious ni. sy tak aktif dlm bisnes herbalife tapi first month masa sy try promote kat kawan 2 orang and family sorang dapat la jugak income almost RM200. itu tak serious lagi. tapi kalau sy serious cuba bayang berapa dapat.

so, siapa yang minat  nak bisnes, minat nak kurus atau naikkan berat atau nak sihat luar dan dalam, atau nak cantikkan kulit boleh tanya sy mcm mana nak start...jangan malu2 jangan segan2..hehe. ;)

thanks for reading..

p/s: boleh la nampak slim sikit di hari *tet* nanti..hehe. nanti sy update pic terbaru and before k? sekarang kat kampung segala 'dawai2' yg digunakan untuk upload pic tak bawak balik.



Wednesday, August 24, 2011

adakah anda peminat atau followers fanatik yang tak bertempat?

salam.salam.salam.. hai followers! eh, perasan je ada followers yg baca..muahhahha..bukan laku pun..tapi 'aiman tak kesah'. ada ke takde pun takpa. post sendiri baca sendiri.*syok sendiri*

blogger: eee..sakit hati aku, aku doakan hidup kau tak berkat sampai bila2.. (45 like this)
follower 1: memang pun, orang-orang mcm ni baik tak yah hidup kalau tak berkat kan?
follower 2: sabar je la, smoga orang tu kena laknat.
follower 3: ishk sape tu yg sakitkan hati awk ni..kasik penampar je!
*ni rekaan semata-mata bukan post asal dlm fb. diubahsuai.* yang penting, sila tumpu pada message yg hendak disampaikan.

siapakah orang yg dimaksudkan oleh si blogger tu? follower2 yg smue like and mengomen2 tu kenal ke org yg blogger tu maksudkan? confirm la tak kan? melainkan yg follower tu bestfriend si blogger tu maybe la dia citer kan...

so, follower2 yg fanatik ni yg setiap kali blogger post apa2 je dorang mesti like,, mesti komen tak kesah la apa2 pun..entah2 blogger tu ajak mkn taik pun mkn jugak la kot kan sbb fanatik sgt..fanatik la katakan nak jadi peminat setia nombor satu! tapi apa yg dia dapat? kurang cerdik! dapat DOSA je tau tak? sebab menolong si blogger tu mengata tentang si 'orang' yg blogger tu sorang je tau siapa and kesah sebenar. mana tau, sebenarnya blogger tu yg salah..tak tau kebenaran tapi menolong mengumpat. Tapi thanks to follower2 fanatik yg kurang cerdik ni sbb orang yg blogger tu bengang dapat pahala banyak hasil umpatan. bukan  setakat mengumpat boleh jadi fitnah jugak tau tak! *emo*

wahai follower2, nk jadi fanatik boleh tapi biar bertempat..kalau blogger tu post citer2 yag best, yg elok2 pasal diri dia or bagi info yg bagus2, like la berjuta2 kali pun..tapi, kalau tentag perkara yg melibatkan pihak ketiga yg kita sendiri tak kenal and tak tau hal sebenar, tak yah la menyibuk nak like and nak menumpang sekaki menyokong...kita yang rugi..kubur lain-lain. *tiba-tiba*


nak jadi blogger ni kena hati-hati. apa yg kita tulis kalau benda tak elok, boleh jadi bekalan kita untuk ke neraka. semakin ramai yg baca and percaya, semakin banyak bekalan neraka kita.


thanks for reading~

p/s: sekadar renungan bersama. takde niat nak tuju kat sape2..sape yg tak puas hati, itu HAK anda!



Sunday, August 14, 2011

video pentas Pesta Indiana di US runtuh

Salam 14 Ramadhan..
bersyukur kepada Allah kerana kita bernafas lagi hari ni..

jom tengok video pentas pesta Indiana di US runtuh disebabkan angin yang terlalu kuat..
kejadian ni menyebabkan 4 maut and 24 cedera.
Subhanallah...
Allah Maha Berkuasa...DIA dapat menghentikan sesuatu yang DIA murka dengan mudah..


renung-renungkan..;)




Tuesday, August 9, 2011

wanita solehah di dunia lebih baik dari bidadari syurga

salam 9 Ramadhan kepada semua... sepanjang 9 hari puasa ni sy x pnh lagi update blog...bile puasa blogging pun kena puasa jugak la kan..hehe. 


tapi hari ni nak rajinkan diri update coz nk share something dgn kaum2 hawa lepas tengok ulangan semanis kurma ..tapi kaum2 Adam pun boleh baca jugak.. jemputan kali ni siti sarah and suami dia shuib sepah tu. *jeles tgk org baru kawin berseri2 muka bahagia..;). tajuk tadi pasal bidadari syurga.


korang tau kan bidadari syurga ni sgt2 cantik, sgt2 putih melepak and takda sape2 boleh lawan memang sgt2 sempurna. bidadari disediakan oleh Allah kepada mereka-mereka yang bertaqwa. bila masuk syurga, suami2 kita dah disediakan dengan bidadari-bidadari. kat setiap dada bidadari dah tertulis nama suami mereka. 


persoalannya sekarang, korang tak nak ke jadi bidadari untuk suami korang kat syurga nanti? kita cinta and sayang suami kita, tapi tak dapat bersama dia time kat syurga, sedih tak? confirm sedih kan?? jadi, wahai kaum2 hawa, yang dah bergelar isteri dan yag belum bergelar isteri, taat la pada suami korang, dapatkan keredhaan Allah dan keredhaan suami korang, jadilah isteri yang solehah, taat pada Allah, solat dan beribadat la kepada Allah. kalau jadi wanita and isteri solehah, dapat masuk syurga bersama2 suami, Ya Allah, indahnya hidup di dalam syurga bersama2 suami.. sesungguhnya wanita solehah di dunia itu lebih baik dari bidadari syurga.


tak sangka kan wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga? cuba tengok hadis ni;


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawabWanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin. Aku berkata, Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


tengok betul2 hadis kat atas, Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning. apa makna ni? maknanya kita akan dijadikan sebagai bidadari di syurga nanti la kan? betul tak? *kalau tak betul sila komen and betulkan ya?


wahai kaum hawa, sama-samalah kita mengubah diri menjadi wanita solehah dan apabila kita berkahwin, jadilah isteri yg solehah. sama-samalah kita berkejar-kejar berebut-berebut untuk ditempatkan di dalam syurga. tiada yang lebih indah selain dapat menjadi ahli syurga. sanggup ke korang jadi buruk? muka hangus hitam terbakar dalam api. bukan  tak cantik je tapi seksa panas kesakitan. kat dunia bila panas atau sakit kita boleh mintak tolong lagi. tapi kat neraka, ada ke yg boleh tolong kita? takde kan?? 


jangan kita tunggu nanti2 baru nak berubah..mati tak mengira usia..kita tak tau bila2 kita mati. tapi yang pasti, kita sekarang dah 'bertunang dengan MATI' cuma tarikh 'nikah dengan MATI' je kita tak tau bila.


wahai kaum hawa, tutuplah aurat korang. wanita yang cantik ialah wanita yag menjaga maruah dia. perkara mula2 sekali yang kita perlu lakukan ialah dengan menutup aurat sbb aurat tu maruah kita. kalau korang rasa menonjolkan aurat2 korang tu lebih cantik dari menutup, sy sarankan korang cuba bakar muka korang dengan api panas, apa rasa dia? kalau korang tak rasa sakit, teruskanlah tonjolkan segala aurat korang tu. 


dan kepada yang memakai tudung seperti sy sendiri, jangan sekadar memakai tudung tetapi berbaju ketat dan menampakkan bentuk2 badan. labuhkanlah tudung kita. ok?


sy berpesan2 ni bukan untuk korang je tapi untuk diri sy jugak. maybe ade yg ckp *mcm lah kau tu bagus sgt* ya, sy tak bagus. hidup sy penuh dgn dosa-dosa yang sengaja atau tak disengajakan. sy belum lagi menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. tapi sekarang sy sedang cuba mengubah diri satu persatu. InsyaAllah, dengan bantuan Allah sy akan berubah ke arah yang lebih baik.


*Ya Allah, syukur kepadaMU kerana telah membuka mataku sekarang dan memberi petunjuk kepadaku. sesungguhnya aku hambaMU yang hina. terima kasih Ya Allah, kerana engkau masih lagi menyayangiku Ya Allah. bantulah aku untuk berubah dan lebih dekat kepadaMU Ya Allah. dan Ya Allah, apabila aku telah berkahwin nanti, bimbinglah aku dan suamiku untuk menjadi pasangan yang hidup berlandaskan syariat Islam. bimbinglah kami supaya sentiasa dekat denganMU.


sekian terima kasih. semoga hadis ni menjadi inspirasi untuk memperbaiki diri kita.





Saturday, July 30, 2011

Al-fatihah. Ashraf yang nak tukar nama jadi Aleesha dah meninggal dunia.

Assalamualaikum. sy agak terkejut dengar berita pasal Ashraf yang nak tukar nama sebagai Aleesha dah meninggal dunia pagi ni. Tiba-tiba tergerak hati nak bukak Malaysiakini.

Ashraf meninggal pukul 5 pagi tadi. lebih kurang 2 jam selepas dia dimasukkan ke hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sebab tekanan darah rendah and masalah jentung. Kesian kat dia, baru umur 25 tahun tapi dah dipanggil oleh Allah.
Kes Ashraf nak tukar nama tengah panas-panas lagi, last2 berhenti mcm ni sebab dia dah meninggal. Allah Maha Berkuasa. Kes Ashraf ni patut jadi pengajaran untuk kita semua.

Kepada sesiapa yang berhasrat nak tukar jantina tu pikir-pikir lah. kalau yang takde keinginan nak tukar pun, pikir-pikirkan lah nyawa Allah boleh tarik bila2 je... jom lah kita sama2 bertaubat. Sama-sama kita berubah menjadi hamba yang lebih beriman sebelum terlambat. InsyaAllah.

Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dari Ramadhan2 yang lalu dan dapat menjadi tapak permulaan untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih beriman.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk Ashraf. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dia.
Al-fatihah.

p/s: teringat seorang kawan sekolah time skolah kat Terengganu dulu. sy selalu marah dia sebab dia lembut. dia dah mcm anti gler la kalau tgk muka sy. tapi Alhamdulillah, aritu stalk fb dia tengok dia dah jadi lelaki sejati.

susahnya hidup orang miskin

salam semua..


semalam nenek sy cerita pasal sorang pakcik laki ni. dia keje sebagai pak guard kat sekolah je. bila sy takde, isteri dia yag dtg teman nenek sy tido malam2. pak cik ni sekarang, pagi2 dia keje angkat jongkang. jongkang berat kan? bukan la angkat sebenarnya tolak lebih kurang gitu la. ntah mcm mana pun sy tak tau tapi yang pasti nak meletakkan jongkang di tempat yang betul. harap2 korang paham je la mcm mana eh..kalau tak pun buat2 paham.

pak cik ni cuba korang bayang, dia keje dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang. kira 6 jam sehari dia keje tapi cuma dapt Rm 15 je kawan-kawan oiii.. sikit kan? agaknya memang kat kelantan ni gaji murah kot sebab tu ramai yang lari ke KL cari keje. nenek sy pun org kelate jugak, tp dia tekejut la gaji senonet tu je yang pak cik tu dapat. mcm tak berbaloi. tapi tengok la, sebab dia susah dia sanggup buat asalkan dapat duit untuk makan hari tu pun dah ok. dah la pagi sampai petang keje dah letih,malam jadi guard pulak. kesian kan?

so, kepada yang hidup tak susah, hidup senang, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. jangan sombong dan berlagak dengan apa yang ada. ni ada yang sy tengok kt fb kalau boleh nak tayang sgt benda2 mewah yang dia ada. contohnya amek gamba muka sendiri dalam kete and yag peliknya nampak stereng kete. sebenarnya nak tunjuk stereng kete je sebab time tu dia bawak BMW.kecoh, tapi tak sedar yang kaya bukan dia tapi bapak dia. *emo sikit*

kalau ada yang terasa tu sy memohon sepuluh jari mintak ampun mintak maaf la..jangan cepat melenting, jadikan ikhtibar untuk kita sentiasa merendah diri. nasihat ni untuk diri sy sendiri jugak.

.
gamba ni jumpa kat google. gamba ni nak describe yang poor people are willing to eat anything as long as they can survive.


thanks for reading..;)

p/s: respect budak laki yang nenek sy mintak tolong ratakan pasir kat depan rumah sekarang ni. baru umur 18 tapi dah rajin tolong parents yang susah. pukul 7 pagi dah datang. kalau budak lain, confirm tengah proses air liur basi lagi. tak senonoh!

Friday, July 29, 2011

perempuan sila alert!!! senggugut dan kemandulan.

salam jumaat...
jom kita mulakan dengan bismillah...;)

perempuan dan haid memang tak dapat dipisahkan. kalau takde haid bukan perempuan lah namanya kan? kalau perempuan yang takda haid jugak, tu kuasa Allah la kan. ada yag datang haid dengan bahagia sebab tak rasa sakit senggugut, tapi ada yang time datang haid, derita sakit senggugut yang kuat.

kepada yang seggugut dia kronik, mcm sy jugaklah, kena la hati2 atau ambil jalan awal. sebab senggugut ni ada yang bahaya dan ada yang tak. yang bahaya tu bila terlalu teruk. sy punya senggugut memang dasyat sakitnya dan berselang2. kalau bulan ni teruk, bulan depan dah tak teruk, pastu berulang2 mcm tu lah untuk bulan2 seterusnya. kalau yang teruk tu, mak aihh, tak yah nak cakap la sakitnya mcm mana. bertungku mcm orang lepas bersalin la selalunya. Tapi yang bestnya, sekarang dah tak sakit. patutnya bulan ni sy sakit yang dasyat sgt, memang dah get ready la untuk ditimpa kesakitan senggugut tu. tiba2 tup tup dah period, tapi tak sakit apa2. Alhamdulillah, ni first time datang haid selepas guna herbalife. memang sgt membantu jugak utuk period pain encik herbalife ni.huhu. membantu untuk sy la, korang sy tak tau. belum cuba belum tau. Eleh, nk promote la tu miss tie! kompem mesti ada yg ckp mcm ni. well, this is how sy nk share benda yg baik kepada semua. kalau betul2 jadi, apa salahnya berkongsi kan. kalau yang nak sihat, sanggup buat pa je. kesihatan tu penting untuk masa depan kita dunia dan akhirat. kalau yag amalnnya belum cukup untuk bawak ke akhirat*mcm sy* kesihatan penting untuk bertaubat kepada Allah. *sy x layak nk ngomel panjang pasal hal ni. diri sendiri pun bnyk kekurangan lagi*

panjang pulak membebel.

berbalik kepada bahaya senggugut tadi, sy tak pandai nak cerita panjang sebab sy bukan doctor. tapi, sy ada baca dlm intenet ni untuk dikongsi.

petanda sebagai pemeriksaan awal

tau tak?senggugut ni bukan nak bagi korang rasa sakit je. sebenarnya senggugut ni bagi korang petanda untuk buat pemeriksaan awal untuk kesan endometriosis.

apa itu endometriosis?

sejenis penyakit yang berlaku bila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim yang sepatutnya tanggal time haid, tumbuh kat luar rahim sama ada di ovari, tiub fallopian, ligamen atau kat mana je dalam rongga pelvik. jangan terkejut, tisu endometrium ni boleh tumbuh kat pundi kencing, paru2, otak dan kat mcm2 tempat lagi dalam badan. so, bila dia tumbuh kat luar rahim, pertumbuhan dia tu menyakitkan and berubah mengikut perubahan hormon masa kitaran haid. time haid, tisu tu pecah and berdarah. disebabkan dia tumbuh luar  rahim, dia tak ada jalan keluar so berkumpul. kalau tumbuh dalam rahim takda masalah coz dia akan tanggal and keluar bersama cecair uterin sebagai darah haid. sebagai tindak balas, badan kita hasilkan satu tisu yang nama dia tisu parut untuk lindung tisu yang melekat and berparut akibat pengumpulan tadi. tindak balas ni la yang menyebabkan korang rasa sakit kat pelvik atau senggugut tiap kali haid. kalau yang dah kahwin tu akan rasa sakit time buat seks *sesuai ditonton oleh org 18 thn ke atas je*.

Kemandulan atau susah hamil.

jangan buat main dengan senggugut. serius sikit tau lebih2 lagi kalau korang dah senggugut sejak mula2 datang haid. sebab apa nak tau? korng berpotensi untuk jadi mandul atau boleh rosakkan kesuburan korang. tak mandul pun susah nak hamil la maknanye.sebabnya, pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ni menyebabkan kita susah mengandung.

Rawatlah sebelum terlambat


Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi. *ayat skema, copy and paste sudah*hihi.

jadi, apa lagi??? rawatlah diri sebelum terlambat. sape2 yang ada masalah kesihatan perlukan nasihat pasal nak cari benda2 untuk kesihatan sy boleh bantu. memang, sy bukan pandai sebab sy bukan doctor tapi sy boleh membantu jugak sikit2 berdasarkan hasil2 yang sy dah tgk dgn mata sendiri. orang yang tak nak membantu diri sendiri adalah org yang rugi..*tibe2..hhaha.

sekian, trima kasih. *mcm tulis surat cinta. :p


Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday tu apa?

salam rabu kepada semua...

wordless wednesday tu apa?
sy selalu sgt nampak bila blogwalking ade blogger punye entry sebelum tajuk die, die tulis
wordless wednesday..
pernah jugak tertanya2 tapi tak pernah tepikir nk google..
so, arini tbe2 rajinkan diri meng-google pasal wordless wednesday ni..
barulah tau apa tu wordless wednesday...

apakan daya, sy budak baru blajar and even blog ni dh wujud since end of 2009, baru sebulan dua ni je yang minat betul2 dtg berblogging ni...
kira baru nak belajar merangkak la ni...huhuuhu.

kepada blogger2 baru atau yang still xtau wordless wednesday ni apa, meh nak citer,...

wordless wednesday ni ialah bila setiap hari rabu bloggers boleh buat post tanpa apa2 celoteh...senyap je...bia gambar je yang menceritakan segalanya...so, bila rabu, post gambar je, dari gambar tu la pembaca boleh baca apa yang korang cuba sampaikan...lebih kurang mcm dlm gambar kat bawah ni...



tak paham lagi?? korang pegi kat sini...pahamkan kat situ yer...

selamat menjadikan hari2 rabu anda sebagai hari yang senyap tanpa kata, biar gambar yang menceritakan segalanya...cewah...hehehhe.

thanks for reading yer.........;)

Tuesday, July 26, 2011

senang ke nak kawen tak kerja lagi???

assalamualaikum, selamat pagi, selamat sejahtera, good morning and apa2 je la...

arini sy nak cakap hal kawen...
hal kawen time tak kerja lagi...
susah ke senang korang rasa bila nak kawen tapi tak kerja lagi and takda duit especially lelaki..
perempuan takpela, mak ayah tanggung semua kan..kalau mak ayah tak tanggung pun duit hantaran guna untuk majlis, tapi, duit laki jugak bagi jugak kan? kira memang laki la yang susah klu nak kawen..bukan susah apa, susah cari duit..

bila belajar tak habis lagi, kerja belum lagi, tapi nak kawen...salah ke???
tak salah kan?...tapi ade yg cakap gatal la itu la ini la...biarkan ape org nk cakap, diorang tau cakap je tapi tak rasa...dorang sanggup taggung dosa couple bertahun2 silakan je la...

ok, berbalik dgn tajuk senang ke susah nak kawen tapi tak kerja lagi...
SUSAH jawapan dia... tapi, senang jawapan dia kalau family si lelaki tanggung semua...
mcm hal sy, bf sy xnak susahkan parents dia...parents dia bukan banyak duit, sebagai anak yang baik, dia memang tak nak susahkan..sgt2 salute cinta hati sy ni......jadi, susah ckit la kitorang nak kawen bila dia tak keje lagi ni.... tapi, susah mana pun, bila kita nak buat sesuatu yang baik, Allah akan tolong...betul tak? sbb tu skrg kitorang dah jumpa jalan2 yang membolehkan kitorang kawen... bf sy dah bgtau segala mcm plan dia yang membolehkan kitorang kawen next year....harap2 plan tu menjadi....insyaAllah kitorang boleh jadi suami isteri thn depan..Amin....=)

thanks for reading para-para pembaca yang baik hati...;)

p/s: nak kawen masak tak pandai lagi ni....aiyoyo!! muahahhaaha...

Wednesday, July 20, 2011

kereta terbang ibarat transformer kini jadi realiti??

salam semua...
betul ke dunia bakal ada kete terbang mcm dlm transformer tu?
sape yang kuat berangan nak kete boleh terbang mcm dlm transformer tu mesti suka..
suke la kan klu boleh selesai satu masalah xyah duk terhimpit dlm kesesakan lalu lintas merata riti..

ni la kete terbang yg dikatakan tu.

menurut ape yang sy bace dlm utusan malaysia 19 julai 2011, ya, dunia bakal ada kete terbang ni 5 tahun lagi...
sekarang dorang dah dapat kelulusan dari pihak berkuasa US..
kete tu ada dua tempat duduk je, harga dia lebih kurang RM752,021. boleh terbang selaju 184 km sejam.

kalau korang nak tau lagi pasal cite ni klik kat sini. tak larat nak explain semua.(ayat orang mls)

nanti bile ade kete ni korang nak ke naik? i tak nak u, naik flight beribu kali pun still gayat takut..
ni kan pulak nak naik kete terbang, kecik mesti lagi senang kena tolak angin..takut la.. 

kalau nak pun, rasanya tak mampu eden nak beli hargo tu mahal sgtttttt....dekat sejutaaa weh...korang mampu??? yang mampu tu Alhamdulillah, bersyukur nikmat Allah kasi...tumpang jeles je la yer walaupun tak minat nak naik...ngeh3

itu sahaja untuk info kebabomm kecanggihan dunia sekarang...info plus popet2 sikit...pape pun, terima kasih la yer berenti untuk baca...;)

TATA...

p/s: dunia dah makin majuuuuu...dunia dah hampir ke penghujung...amalan kita dah kat penghujung ke baru kat garisan mula? ke kat garisan mula pun jauh lagi? sama2 kita renung2 kan untuk diri masing2 yer...

Saturday, July 16, 2011

bila kita nakkan sesuatu, Allah mesti tunjuk jalan.

salam semua..
korang semua mesti ada cita2 dan keinginan masing2 kan?
ada yang nak ada butik sendiri, ada yang nak bukak kedai kek, ada yang nak bukak tadika sendiri, ada yang nak kawin, ada yang nak sgt jadi civil servant, ada yang nak sgt2 kerja bgs sbb nak tolong mak ayah dan sebagainya.

kalau korang semua ada keinginan dan cita2 masing2, berusaha untuk mencapai cita2 korang tu.
jangan ada keinginan je, tapi bila nak buat beribu2 alasan. duit tak cukup la, tak larat la, rasa macam takkan capai la.
apa-apa pun, cuba dulu. asalkan apa yang kita nak buat tu baik, insyaAllah Allah akan tunjuk jalan.
contoh, klu kita nak kawin tapi duit takda, kalau kita usaha jugak untuk dapat kawin, insyaAllah Allah akan tunjuk cara.

mcm sy and bf, kami belajar lagi tapi nak kawin. kitorang beranikan diri mintak dengan parents. mula2 tak berani nak cakap tapi Alhamdulillah parents kitorang bagi. lepas dapat restu dari parents, mcm2 jalan yg kitorang nampak Allah tunjuk untuk kumpul duit. so sekarang, kami tengah usaha. walaupun tak banyak, sekurang2nya ada.

lepas tu, saya dipertemukan dengan herbalife oleh kwn sy. mcm2 sy tengok testimoni yang berjaya. so, sy cuba. Alhamdulillah, bdn sy yang mcm orang umur 50 thn ni sekarang dah ok. takda sakit2 pinggang yang dasyat, tulang lutut pun dah ok, takda sembelit and buasir pun hilang. badan saya pun dah turun berat badan 2kg dlm masa dua minggu. yang lagi dasyat, tenaga sy bertambah, mengalahkan tenaga lelaki..hehehe.
Alhamdulillah, ada hikmah jugak saya jumpa herbalife. insyaAllah saya akan cuba untuk terus dengan herbalife  and dapat income dari herbalife.

so, korang kalau ada apa2 yang korang nak buat, beranikan diri untuk buat dan cuba. sebab bila belum cuba belum tau. sama la sape2 yang teringin nak kawin tapi takut mak ayah tak bagi, cuba tanya diorang dulu. mana la tau mak ayah korang tu very open minded, semua dia nak tanggung ke kan...hehehe. point kat sini, cuba dulu baru boleh buat conclusion. ok?

renung2kan dan selamat beramal..hehehe.

p/s: nak tau pasal herbalife? boleh la contact sy yer. 0145488793.

Wednesday, July 13, 2011

KANTOI ;)

setiap 12 haribulan tiap2 bulan, sy ngan cinta hati sy akan wish kitorang punye ulangtahun couple.sebenarnya bukan ulangtahun sgt la tapi "ulangbulan"..hehe.  semalam 12.julai 2011.so, kitorang dah 4 tahun, 10 bulan couple. selalunya berlumba2 la nak wish. 

tapi semalam, cinta hati sy ni call pukul 12 mlm lebih untuk wish mcm biase la. lepas tu dia tanya sy yang sy tak ingat kan hari ni dah 12 haribulan kalau dia tak call. dia cakap lagi sy makin lama makin lupa benda ni. pastu sy kata la, "eh, tak la memg tunggu masa nak call je". dia tanya lagi, "betul ke?". so sy kata, betul la, mana boleh lupa benda ni (padahal memang lupa pun, memg tak ingat tarikh pun). kiranya dia dah caye la yg sy tak lupa.

tiba2 pagi dalam pukul 11 dia call. dia cakap "arini 13 julai la, ingatkan 12 julai". sy pun kata "eh??" and sy pun gelak besar.... hahahahaha. pastu dia cakap nampak sgt semalam (pagi pukul 12 a.m sebenarnya) time dia call tu sy memang lupa.....jadi, terpaksa la mengaku yang sebenarnya memg lupa....hahahaa.

KANTOI!!!

  sorry syg!  

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah, menang hadiah hampir 9k dari pameran pengantin anjuran urban vibe!

salam. ingat tak hari tu, entry sy yg bertajuk "apa yang membuatkan sy join online contest pameran pengantin tu? ingat kan? masa tu sy ckp kan yg sy teringin join contest yg menguji pengetahuan pasangan terhadap pasangan dia..hehe. akhirnya, memang betul, time final semalam, memang tu la ujian dia.. memang suka sgt2 dlm hati, tapi bimbang jugak sbb kitorang tak prepare apa2...

tapi Alhamdulillah, tak sangka jawapan kitorang tepat dgn apa yg dia tanya..kira memg masing2 dah kenal masing la..haha. sebenarnya tu atas nasib la..ada jugak yg sy tak tau..nasib dpt soalan yg boleh membantu..time umum hadiah tu mcm x caye dia kata tempat pertama pasangan "D". lupa nak ckp, time ujian tu kitorang jadi group D sebab time like2 tu kitorang dpt tempat keempat...

best2 and happy sgt2...yang tak sangka lagi kitorang mampu buat walaupun kitorang ni malu giler klu hal2 mcm ni..terutama cinta hatiku yang sgt sporting semalam..dia maintain cool mcm takda perasaan kat atas pentas tu..sampai host yg perempuan tu asyik menyakat dia je..hehe.

terima kasih pameran pengantin anjuran urban vibe..urban vibe memang best! crew2 diorang pun best baik sgt2! klu tak sebab diorang, mesti tak merasa join contest mcm ni...

disebabkan dpt nom satu, kami pilih hadiah dulu... kami pilih set bilik tidur dari roxxi bernilai RM6999 and outdoor photoshoot dari eddie-photovideo.com bernilai RM1500. best kan?hehe.





dalam paper bag yg kitorang dapat, ada apple ni..apple memg sinonim dgn snow white. tema pameran pengantin kali ni "mirror mirror on the wall", so sbb tu dpt apple! apple ni disalut dgn choc oleh Moi chocolat warisan muda.

thanks for reading kwn2 yg baik hati! :)

p/s: klu dapat upload pic time ujian atas pentas tu lagi best tp takda.. korang yang bakal kawen dah pergi ke? klu belum hari ni last..bnyk sgt promotion yg best...klu belum nak kawen pun bleh pergi ambik mood kawen..hehehe

Friday, July 8, 2011

diuji sakit buah pinggang ketika umur baru 23 thn!

salam semua. semoga anda dalam keadaan sihat.

ni entry yg kedua pasal maliki. sedih pikirkan maliki dengan nasib dia.
kesian Maliki, besar betul ujian yang Allah bagi kat dia. baru umur 23 tahun dah kena sakit buah pinggang. kalau dah sah dua2 tak berfungsi, kena buat dialisis. seminggu lebih kurang tga kali. sekali buat kalau tak silap dalam 200 jugak.

kita yang sihat ni, jaga2 la kesihatan, makan makanan yang sihat, kurangkan fast food and yang penting kurangkan stress. hypertension boleh menyebabkan sakit yg kronik jugak.

semoga Maliki tabah dengan ujian ni. sama-sama la kita doakan. Amin.

cara nak top up credits dalam waktu terdesak!

pernah tak tengah2 malam sedang2 korang tengah bergayut tiba2 credit korang habis? yang lagi teruk pernah tak tengah2 orang bergaduh dengan boyfriend tengah2 malam, credit habis. tak settle lagi problem, nak cakap lagi dgn boyfriend, tak sempat mintak maaf tapi nak pergi top up dah tak boleh sebab takda orang jual tgh2 malam. kecuali 7E tapi xkan nak kuar malam2 kan? sekarang dah ada cara mudah...


kini, korang boleh top up bila2 masa and kat mana2 je dgn hotlink iChannels!

With #HotlinkIChannels, u can top-up whenever, wherever!u can now top up while surfing the net, on your mobile phone, or even at ATMs!

nak tau lagi? With #HotlinkIChannels, klik kat sini!

Thursday, July 7, 2011

kisah anak mati dalam kereta.

salam semua.
hari ni saya dengar dua kisah budak atau anak mati dalam kereta kerana kecuaian ibu bapa. sedih betul. tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa jugak, mungkin tu dah ajal dia, jadi tu hanya sebab penyebab dia mati je. cuma smua parents kena ambik ikhtibar dari kisah ni.

kisah pertama:
ada baca paper hari ni tak? 7 julai 2011. tentang budak 10 tahun mati dalam kereta di seremban. kejadian tu berlaku di sekolah ABIM. sekolah seri seremban. sekolah ni merupakan sekolah adik sy yg form 3 yg bongsu.

menurut apa yang dibaca dalam paper, budak perempuan ni tak nak turun dari kereta bila sampai kat sekolah. dia nak cari kasut. so, mak dia yang merupaka ustaah di sekolah tu tinggal je dia dalam kereta dengan kunci. pukul 2 bila dia pergi semula kat kereta baru dia sedar yang anak dia tak masuk sekolah. bila jumpa anak dia dah layu.

adik saya kata, dia dengar orang cakap otak dah cair sebab lama sangat duduk dalam kereta tu. logik jugak kan? yang menjadi tanda tanya mak and ayah dia and semua orang, kenapa budak tu tak nak keluar dari kereta? apa yang adik saya cakap lagi, rumors mengatakan mungkin dia malu nak keluar sebab nanti orang tengok dia bila dengar bunyi kereta.

kisah kedua:
cerita ni kisah benar yang diceritakan oleh nenek. kejadian berlaku di kawasan kejiranan rumah mak cik saya di klate. asalnya, ayah kepada budak yg berumur antara 4, 5 atau 6(nenek tak sure) datang rumah sepupu dia sebab sepupu dia meninggal. so, ayah dia sibuk menolong menguruskan jenazah sampai la dia pergi ke kubur dia lupa yang anak dia ada dalam kereta. lepas dah tanam mayat baru dia teringat.

yang sedihnya anak dia dikunci dalam kereta tu. kalau bukan sebab ajal dia, maybe dia dah keluar kalau dia pandai buka pintu. betul tak? sambung cerita, bila ayah dia balik rumah and cari anak dia dalam kereta, anak dia dah tak bernyawa.

sedih kan? mula2 tanamkan jenazah sepupu, lepas tu anak sendiri pulak. nak buat mcm mana kan semua tu dah takdir Allah swt.

apa2 pun kepada ibu bapa and bakal2 ibu bapa, utamakan keselamatan anak2 kita. kalau kita lambat sekalipun, tengok pergerakan anak kita dulu. pastikan dia dah berada di tempat yang betul. pastikan dia selamat. memang semua takdir Allah, tapi kita kena berusaha yang terbaik.

takziah kepada keluarga mangsa. sama2 la kita sedekahkan Al-fatihah.

sekian.terima kasih.

p/s: walaupun sedih, ibu bapa diorang beruntung sebab anak2 mereka belum baligh, dapat jadi ahli syurga.sy pernah dgr, anak2 yang belum baligh boleh tarik ibu bapa diorang masuk syurga jugak.betul tak?

Wednesday, July 6, 2011

jawapan kepada soalan orang mulut busuk

tadi jalan-jalan tengok blog. terbaca la satu entry dari orang mulut busuk ni punya blog. orang mulut busuk ni tak glamour tapi ramai la jugak followers dia. tapi perasan bagus.

orang mulut busuk cakap, "kenapa nak berblogging kalau takda orang nak comment pun entry kau!".
jawapan: dah minat masing2 suka hati mak bapak dia la! buat apa nak paksa orang comment!

orang mulut busuk cakap, "ek-eleh sikitnya followers, baik takyah ada blog!"
jawapan: suka hati la kalau takda tulis pastu baca sendiri.ok apa??

orang mulut busuk cakap, "kalau nak berblogging takyah la baik sangat,bukan masuk neraka pun!"contoh yang baik tu,"terima kasih awak sebab baca blog saya, takpun "arini saya nak cakap" saya baik?? terasa mek!
jawapan:memang tak masuk neraka tapi suka hati mak bapak diorang la( dah habis baik ni). untuk saya, memg saya tak pandai nak guna aku! dgn yg dah biasa rapat je. mana la tau makcik2 ke nenek2 ke yang tiba2 masuk baca blog ni kan. (ada ke??). ok, start harini guna aku kau aku lembu! ok?

sekian dari AKU!

p/s: sekarang dah perasan minat blogging dah semakin bertambah2. biar la takda orang nak baca pun. ada aku kesah? kalau hidup asyik kisah dengan apa yang orang kata je sampai bila nak berjaya! bukannya buat kerja jahat. betul tak? betul!!! (jawab sendiri sebab takda orang baca)

Tuesday, July 5, 2011

seafood dihidangkan dengan ipod!

salam semua..
korang pernah dengar tak nama Heston Blumenthal? pernah?? mesti korang yg penah ni suka tengok masterchef kan? takpun korang ni culinary student.betul tak? hehe.




tak kesah la penah ke tak. yg penting nak bgtau kat sini dia ialah chef terkenal kat dunia ni.. chef nombor 3 di dunia. dia ni masak mcm2 semua menarik..teringin gler nak makan. tapi was2 la kan dia mat salleh halal ke tak?? tu persoalan dia.

yang bestnye, dia buat makanan rupa dia sebijik pantai. pastu sae yang pegi makan kat restoran tu dia hidangkan sekali dengan ipod yg dia letak dlm cengkerang. tapi ipod tu bukan untuk dgr lagu lain.dia bagi tu untuk dengar bunyi laut. konon2 korang tengah makan tepi laut la.

nama makanan tu "Sound of The Sea". dia amek mase 3 tahun pikir nak cipta makanan ni. ni namanya org yg betul2 minat dengan makanan and memasak. korang? minat jugak..minat makan je kan???muahahaha.

jom tengok rupa "Sound of The Sea" and menu2 ciptaan dia yg laen. kompem korang meleleh air liur sampai busuk!



nampak tak ipod dalam tu??


yang atas ni nama dia "meat fruit". korang jangan tertipu. nampak mcm buah kan?? sebenarnya tu daging je semua. mcm2 jenis daging dia jadikan mcm real fruit. impressive!


yang ni pulak coklat. nampak mcm lilin betul kan? sodapnyo!!

Mushroom!

kalu hok ni ambo tokse la! goli den!

kalau nk tgk lagi google sendiri la eh..haha.

cuba tgk makanan yg i masak untuk menu arini. best tak? boleh join Masterchef tak? setanding Heston masak tak??muahahaha.
sup sayur

tak nampak ape rupe kan? ikan masak kicap.

yg mane korang minat?yg Heston or saya??muahahaha.

thanks for reading!

p/s: lupe lak nak hidang kat nenek makan tadi kasi ipod jugak bagi dgr suara ikan2..makan ikan kena dengar suara ikan la.btul tak??

Join the Great ChurpChurp Race Season 2

Join the Great ChurpChurp Race Season 2

hadiah2 best seperti iPad2 and mcm2 lagi..rugi gak kalau tak try..mcm mane nak join? korang kena sign up dulu.. klik la kat sini kalau tak tau nak sign up.

belum cuba belum tau!

AKU BENCI KAU!

AKU BENCI KAU!

AKU TAKLEH TNGOK SIKIT PUN MUKA KAU!
JANGAN INGAT AKU TAK BERANI DEKAT DENGAN KAU SEBAB AKU TAKUT!
AKU GELI NAK DEKAT DENGAN KAU!
TENGOK GAMBAR KAU AND ADIK BERADIK KAU PUN AKU TAK MAMPU! INIKAN NAK DEKAT!
KAU KOTOR! KAU JAHAT!
MEMANG DARI KETURUNAN NENEK MOYANG KAU LAGI DAH JAHAT!
NAPE KAU SEBOK SANGAT NAK MENEMPEK DIRI KAU KAT RUMAH ORANG HAH???
KAU PEGI JAUH2!!
KALAU ADA KAU MOOD AKU HILANG TERUS!

AKU BENCI KAU CICAK!!!!

Saturday, July 2, 2011

ape yg membuatkan sy join Fb online contest Pameran Pengantin tu?

salam semua...
arini sy nk cite mcm mane sy boleh nk join contest ni. padahal sy ni jenis yg malu la nk join benda2 yg meng-exposekan diri ni..tapi bile tgk contest ni trus tepikir nk join..tapi amek mase dua hari jugak la nk decide whether to join or not. why? 1)pikir nanti ape org kate. 2) tak confident boleh menang 3) takut merimaskan org2 yg kite mintak simpati untuk vote (ya,sy tau ade yg rimas. so, sy mintak maaf kat sini.) tapi,lepas discuss ngn my boyfie, we decided to join. amek peluang, jgn pkir ape org kate..

ok now, knp sy nk join sgt..
1)sbb hadiah die? yes betul, sbb hadiah die best walaupun bukan taja kawen 100% boleh la tlg mama ayah kurangkan blanje kan?
2) sebab nak kawen dah? hmm..memg nak kawen thn dpn tapi memg xtau lg tarikh die bile..tapi since the prizes valid til jun 2012, kena la kawen before tu kan??

kedua2 jawapan di atas adalah antara sebab penyebabnye..tapi, bukanlah yg utama..jeng3!

sbb utama ialah sy penah berangan and cakap kat bf sy yg sy nk sgt masuk contest yg die uji tahap pengetahuan pasangan pasal pasangan dia. contohnye, ape yg pasangan die suke, ape yg tak suke, suka mkn ape, suke buat ape and bla bla bla...berangan gila, mengade kan?? haha.. bia la mengade pun semua org ade angan2 masing2..btul tak?hihi...



so, bile contest ni kate top 5 undian yg terbanyak akan diuji time kat PICC 9 julai nanti, sy pun ape lagi, excited sgt2 tringin nk masuk ( walaupun tak tau lagi ape bentuk ujian die tu!). yang paling penting, menang atau kalah, bukan hadiah yg utama..yg sy nk sgt ialah pengalaman tu..pengalaman masuk contest! lagi2 bersama Cinta Hati..hehe

trime kasih pada yg tolong like pic sy..terutamanye pada adik-beradikku, sadik2 spupuku yg baek ati tolong kak tie diorg dgn penuh smangat..bg pinjam account and tolong promote..trime kasih kat kwn sy yg paling baek ati yana and As yg bersungguh jugk tlg promote(sgt2 terharu) hehe..trime kasih sgt2 kat MAMA jugak yg memg supportive! i love u MAMA!

satu lagi sgt berterima kasih ialah pada si A ni. sy mintak die vote pastu die siap ajar lagi cara2 masuk contest fb..rupe2nye kena exchange vote...sy yg first time ni mane la tau kan..alang2 admin pameran pengantin pun bagi swap vote, so sy ape lagi pinjam account adik2 and sepupu2. owh lupe, account makcik2 sy pun sy pinjam..hehe. sape berusaha die akan berjaya..no effort, no success! klu tak exchange vote confirm la tak dapat top 5 kan..sy ni bukannye glamour, sape la yg nk like pic tu...huhu

sgt2 excited nk pegi PICC 9 julai ni walaupun dlm hati ni malunye nanti..haha.
skali lagi, thanks semua yg tolong!!! really2 appreciate jasa budi korg. xkesah la secara suka hati atau paksa hati tolong. ;)

ni pic yg kitorg gune utk contest tu. credit to my beloved twin! pic ni mase awal 2010.


ni pulak hadiah2 yg bakal dapat. (sila klik pada gambar,ceq dh xreti nk bg clear lagi)

sekian, thanks for reading!


p/s: agak-agak ujian kat PICC tu spt yg diangankan tak? hehehe..

Wednesday, June 29, 2011

DIA

dia membuatkan hari2ku tak bosan..
dia pandai mengambil hati, membuat diriku ketawa..
dia tak jemu, setiap minit dia tanya khabarku..
dia membuatkan setiap hari terasa seperti baru bercinta..

Terima kasih Allah, dia hadiah yg sgt istimewa.

p/s: dh mcm puisi jiwang kan? ngeh3!

Monday, June 27, 2011

cuti dekat 2 bulan berat badan naik jadi 60 kg.

sekarang ni 27 jun... cuti aritu start 9 or 10 may dh x ingat..tapi yang pasti belum cukup 2 bulan..baru sebulan lebih...lagi 13 ari la baru 2 buln...tapi badan dah naik 60 kg.... aritu timbang dengan kawan yg jd distributor herbalife tu, timbang gune penimbang yg boleh detect mcm2 tu, penimbang tu cakap metaabolisme badan sy mcm org umur 26 tahun,,tua kan??? pastu timbang sekali lagi dalam 4 hari kemudian dh jadi mcm umur 27 pulak..haishh.. gawat ni dong!!

tapi memang muka dah tembam mcm belon yg paling besar skali tu..pastu double chin pn dh mcm ape ntah berlapis2...kat bahagian perut?? x yah nak cakap la..memg dasyat lemak2 yg banyak tu...nampak je jalan ok..tapii letih tau bawak perut ni..kena control kempiskan..hahaha. 

walaupun badan besar, mkn banyak, gastrik tetap melampau tau...sbb tu kot gemuk, ayik mkn je sbb sakit perut..( alasan je, padahal nafsu mkn mcm hantu!). tambah2 lagi terperap je dlm umah ni, exercise tak, mkn duduk, tido, mengadap laptop, ni je la keje ulang2 sampai muntah! exercise mls, padahal skliling ni penuh dgn taman rekreasi untuk jogging ke ape ke..court tennis pun ade tapi pemalas tak nak main..


cube korang pikir, sekarang belum sampai 2 bulan berat dh 60 kg..cuti ade lagi 2 bulan lebih..agak2 bpe ek berat badan sy yg pemalas ni akan bertambah??? 70? 80? 90? oh no!! tak larat la mcm ni...


cube tgk lengan tu, gemuk kan? hehe. gmbar ni time bufday mama  25 jun tu..entry birthday mama tu pic byk yg mcm tersorok sikit kegemukan..yg ni nampak..hehe.



nasib baik ade jiran lame pekenalkan satu product ni, herbalife...so, sy nak try! baru je gune start semalam..best! serious best! tapi, hasil die belum lagi la.. kite tengok dlm 2 minggu... sy yakin nk guna benda yg berkhasiat n sbb bnyk testimoni yg boleh dipercayai...trusted! jiran sy tu sbg contoh.... dari muke bnyk jerawat sampai xde jerawat.. 


ape yg bgs, benda ni bukan mcm supplement untuk kurus semata2 mcm yg lain tu..die adalah nutrition, bile kite minum bdn kite dh diprovidekan dgn nutrition2 yg cukup yg patut ade dlm bdn kite..and gune ni kite tak payah nk diet..mkn je la...tapi control la jgn lebih2.....

jap, nape sy ckp pasal muke jiran yg jerawat? padahal tadi ckp untuk kurus.... haaaa, nii la kelebihan product ni die merangkumi semua..die membersih dalaman kite so kulit pun akan cantik...siyes ni x tipu! sape yg kurus pn bleh makn untuk cantikkan body...sbb die bagi shape...hehe.sape yg active sport tu korang akan bertambah tenaga klu guna insyaAllah...klu 2 jam dh pancit, insyaAllah guna herbalife,3 jam baru pancit..hehe
Azizulhusni Awang, pelumba basikal tu pun gune ni tau... Lionel Messi pun same tau!

cube tgk ni..

http://sports.mylaunchpad.com.my/Msports/Home/MsportsHomeTopStory/tabid/171/Default.aspx?newsId=161101


When Herbalife offered me to become their ambassador early this year, I did a little bit of research about the company and the product. I was impressed when I found out that even Lionel Messi is using Herbalife” - Azizulhasni Awang

ok, semalam 26 jun sy gune product ni...so in 2 weeks InsyaAlah, sy akan jadi sihat sbb dh x gemuk and jadi mude balik..hahaha. hopefully gastrik, sakit belakang pun hilang.....

nantikan cik tie berwajah lagi ceria, lagi kecik, lagi happy, dh xde gastrik..insyaAllah dalam 2 minggu lagi...tunggguuuuuuu...hehehe.

p/s: nenek umur 80 thn yg gune product ni dari xleh jalan sampai boleh jalan..ni bukan rekaan..kisah benar...sy xkan cerite klu x betul sbb sy bukan jenis yg senang nk caye... ni betul2 jadi kat nenek tunang jiran lame sy tu.. cube tgk link ni...  http://nrahmah.tumblr.com/post/6368743874/puasa-dan-herbalife. and tuan punye blog ni pulak, resdung die dah hilang lepas gune herbalife! Alhamdulillah..




jom jage kesihatan sementara masih ade peluang! apa2 nak tau call/sms  014-5488793




Sunday, June 26, 2011

birthday mama!

semalam 25 jun 2011 birthday mama yang ke dot dot dot...teka sendiri..hehe. sipi2 nk masuk 50an..
birthday mama thn ni kitorang celebrate kat Chinese Restaurant kat hotel Royal Bintang seremban ni la..mula2 ayah ajak pegi KL..mkn kat mane ntah..last2 cabut undi majority nk mkn dekat je sbb mlm... klu KL dekat sejam baru bleh mkn..klu Royal jalan kaki pun x sampai 5 minit..hehe. 

yang x bestnye kesian kat Amin (adik sy yg nom 5). die dh masuk asrama so ni first time celebrate birthday mama die xde.. yang lainnye, first time celebrate ngn family baru iaitu kakak iparku....huhu. harap2 thn depan time birthday mama ni ade family baru lagi..ngeh3...doa2 la yer..

ni ape yg kitorang makan. klu mkn chinese food, x sah la kan klu x mkn shark fin! tu yg penting..hehe.








kiri sekali ni yg panjang ni adik sy..yang kanan skali yg tak panjang sgt tu abg sy..sebelah die tu kakak ipar sy.



happy birthday Mama..semogapanjang umur, semoga sihat2 selalu, semoga Allah sentiasa melindungi and merahmati mama... semoga mama dapat tgk kitorg berjaya...Amin..



                                                         WE LOVE U MAMA!



Saturday, June 25, 2011

kat mane nak cari novel nora elena?

tadi pegi jalan2 ngn mama nk cari novel  nora elena tapi semua dh sold out..
nk try cari lagi nk beli untuk mama..sape2 tau pls bgtau...sape2 nk jual pun boleh jugak..
plsss help me...

Thursday, June 23, 2011

lawak!! hahaha.

tadi bukak page ustaz Azhar Idrus... 
tbe2 terbace satu post dari pengomen page die...

sebelum tu, klu ade tuan punye diri yg terbace ni mintak maaf la...
sy ambik sbb lawak.. bagi sy la..bg org laen sy xtau...
tapi soalan ni ade logik jugak ble pikir,...

tapi sy x sure jugak ni btul2 soalan die yg die musykil ataupun die ulang soalan yg org laen tuju kat ustaz..hehehe. 

soalan lawak die yg kat bawah ni...slamat gelak...ngeh3.

salam..ambe nk tanye sguh ni..x main2..bulis dok kalo ambe nk kaler (dye) bulu kucim ambe?? gne kaler yg halal...t.kasih :)
7 minutes ago