Assalamualaikum. sy agak terkejut dengar berita pasal Ashraf yang nak tukar nama sebagai Aleesha dah meninggal dunia pagi ni. Tiba-tiba tergerak hati nak bukak Malaysiakini.
Ashraf meninggal pukul 5 pagi tadi. lebih kurang 2 jam selepas dia dimasukkan ke hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sebab tekanan darah rendah and masalah jentung. Kesian kat dia, baru umur 25 tahun tapi dah dipanggil oleh Allah.
Kes Ashraf nak tukar nama tengah panas-panas lagi, last2 berhenti mcm ni sebab dia dah meninggal. Allah Maha Berkuasa. Kes Ashraf ni patut jadi pengajaran untuk kita semua.
Kepada sesiapa yang berhasrat nak tukar jantina tu pikir-pikir lah. kalau yang takde keinginan nak tukar pun, pikir-pikirkan lah nyawa Allah boleh tarik bila2 je... jom lah kita sama2 bertaubat. Sama-sama kita berubah menjadi hamba yang lebih beriman sebelum terlambat. InsyaAllah.
Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dari Ramadhan2 yang lalu dan dapat menjadi tapak permulaan untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih beriman.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk Ashraf. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dia.
Al-fatihah.
p/s: teringat seorang kawan sekolah time skolah kat Terengganu dulu. sy selalu marah dia sebab dia lembut. dia dah mcm anti gler la kalau tgk muka sy. tapi Alhamdulillah, aritu stalk fb dia tengok dia dah jadi lelaki sejati.
7 comments:
jgn la ad yg buat mcm tu dah.. dan jgn la ad yg open minded trima kes mcm tu.. dlm agama bnda tu haram.. hope dia brtaubat sblum ditarik nyawanya.. hope dia dikalangn orng beriman :)
semoga dia ditempatkan dikalangan org beriman~
itulah..kita tak layak nak menghukum org cmni..hanya Allah swt je yg layak..semoga kita yg masih hidup ni dpt amik pengajaran dan hrp2 takde kata2 cacian terhadap arwah lepas ni.
yang dah pergi tu biarkan pergi.. semoga roh beliau dalam kalangan org beriman, siapa tahu :)
aku setuju dgn saiazuan.. :)
betul2..yang pergi biarkan dia pergi..kalau tengok pengomen2 dalam malaysiakini sedih..ada yang gelakkan dia walaupun dah mati...
al-fatihah.. tak perlu lagi kita nak hina2, hukum2 dia.. ni urusan dia dengan Allah, pencipta alam.dia pun sudah pergi.
Post a Comment