Saturday, July 30, 2011

susahnya hidup orang miskin

salam semua..


semalam nenek sy cerita pasal sorang pakcik laki ni. dia keje sebagai pak guard kat sekolah je. bila sy takde, isteri dia yag dtg teman nenek sy tido malam2. pak cik ni sekarang, pagi2 dia keje angkat jongkang. jongkang berat kan? bukan la angkat sebenarnya tolak lebih kurang gitu la. ntah mcm mana pun sy tak tau tapi yang pasti nak meletakkan jongkang di tempat yang betul. harap2 korang paham je la mcm mana eh..kalau tak pun buat2 paham.

pak cik ni cuba korang bayang, dia keje dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang. kira 6 jam sehari dia keje tapi cuma dapt Rm 15 je kawan-kawan oiii.. sikit kan? agaknya memang kat kelantan ni gaji murah kot sebab tu ramai yang lari ke KL cari keje. nenek sy pun org kelate jugak, tp dia tekejut la gaji senonet tu je yang pak cik tu dapat. mcm tak berbaloi. tapi tengok la, sebab dia susah dia sanggup buat asalkan dapat duit untuk makan hari tu pun dah ok. dah la pagi sampai petang keje dah letih,malam jadi guard pulak. kesian kan?

so, kepada yang hidup tak susah, hidup senang, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. jangan sombong dan berlagak dengan apa yang ada. ni ada yang sy tengok kt fb kalau boleh nak tayang sgt benda2 mewah yang dia ada. contohnya amek gamba muka sendiri dalam kete and yag peliknya nampak stereng kete. sebenarnya nak tunjuk stereng kete je sebab time tu dia bawak BMW.kecoh, tapi tak sedar yang kaya bukan dia tapi bapak dia. *emo sikit*

kalau ada yang terasa tu sy memohon sepuluh jari mintak ampun mintak maaf la..jangan cepat melenting, jadikan ikhtibar untuk kita sentiasa merendah diri. nasihat ni untuk diri sy sendiri jugak.

.
gamba ni jumpa kat google. gamba ni nak describe yang poor people are willing to eat anything as long as they can survive.


thanks for reading..;)

p/s: respect budak laki yang nenek sy mintak tolong ratakan pasir kat depan rumah sekarang ni. baru umur 18 tapi dah rajin tolong parents yang susah. pukul 7 pagi dah datang. kalau budak lain, confirm tengah proses air liur basi lagi. tak senonoh!

5 comments:

ifwat said...

mmg gaji kat kelantan rendah pun.. kerja pak gad, masih ada gaji rm500 sebulan.. ape nak makan dengan rm500 tu.. kena pulak anak kecik/sekolah ramai.. huuu, kalau anak tu sendiri tak sedar, susah la..

~miss tie~ said...

tu la memang rendah..kalau anak sendiri tak sedar cincang tanam je lagi senang kan..hehe. harap2 anak dia baik2 and balas budi dia..=)

ifwat said...

ifwat pun duk kelantan.. so ifwat tau la cam ne kat sana. haha, even baru duk sana org kata..

♥♥ arabella ♥♥ said...

rezeki masing kan...ari nh susa esok luse xsape tau...hehe:)

~miss tie~ said...

ifwat duk kat mane..sy klu cuti je blk klate teman nenek..

yup arabella..sape tau ntah2 kita pun nanti mcm tu kan..tp mintak Allah murahkan rezeki kita la..hehe.

There was an error in this gadget