Saturday, July 30, 2011

Al-fatihah. Ashraf yang nak tukar nama jadi Aleesha dah meninggal dunia.

Assalamualaikum. sy agak terkejut dengar berita pasal Ashraf yang nak tukar nama sebagai Aleesha dah meninggal dunia pagi ni. Tiba-tiba tergerak hati nak bukak Malaysiakini.

Ashraf meninggal pukul 5 pagi tadi. lebih kurang 2 jam selepas dia dimasukkan ke hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu sebab tekanan darah rendah and masalah jentung. Kesian kat dia, baru umur 25 tahun tapi dah dipanggil oleh Allah.
Kes Ashraf nak tukar nama tengah panas-panas lagi, last2 berhenti mcm ni sebab dia dah meninggal. Allah Maha Berkuasa. Kes Ashraf ni patut jadi pengajaran untuk kita semua.

Kepada sesiapa yang berhasrat nak tukar jantina tu pikir-pikir lah. kalau yang takde keinginan nak tukar pun, pikir-pikirkan lah nyawa Allah boleh tarik bila2 je... jom lah kita sama2 bertaubat. Sama-sama kita berubah menjadi hamba yang lebih beriman sebelum terlambat. InsyaAllah.

Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dari Ramadhan2 yang lalu dan dapat menjadi tapak permulaan untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih beriman.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk Ashraf. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dia.
Al-fatihah.

p/s: teringat seorang kawan sekolah time skolah kat Terengganu dulu. sy selalu marah dia sebab dia lembut. dia dah mcm anti gler la kalau tgk muka sy. tapi Alhamdulillah, aritu stalk fb dia tengok dia dah jadi lelaki sejati.

susahnya hidup orang miskin

salam semua..


semalam nenek sy cerita pasal sorang pakcik laki ni. dia keje sebagai pak guard kat sekolah je. bila sy takde, isteri dia yag dtg teman nenek sy tido malam2. pak cik ni sekarang, pagi2 dia keje angkat jongkang. jongkang berat kan? bukan la angkat sebenarnya tolak lebih kurang gitu la. ntah mcm mana pun sy tak tau tapi yang pasti nak meletakkan jongkang di tempat yang betul. harap2 korang paham je la mcm mana eh..kalau tak pun buat2 paham.

pak cik ni cuba korang bayang, dia keje dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang. kira 6 jam sehari dia keje tapi cuma dapt Rm 15 je kawan-kawan oiii.. sikit kan? agaknya memang kat kelantan ni gaji murah kot sebab tu ramai yang lari ke KL cari keje. nenek sy pun org kelate jugak, tp dia tekejut la gaji senonet tu je yang pak cik tu dapat. mcm tak berbaloi. tapi tengok la, sebab dia susah dia sanggup buat asalkan dapat duit untuk makan hari tu pun dah ok. dah la pagi sampai petang keje dah letih,malam jadi guard pulak. kesian kan?

so, kepada yang hidup tak susah, hidup senang, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. jangan sombong dan berlagak dengan apa yang ada. ni ada yang sy tengok kt fb kalau boleh nak tayang sgt benda2 mewah yang dia ada. contohnya amek gamba muka sendiri dalam kete and yag peliknya nampak stereng kete. sebenarnya nak tunjuk stereng kete je sebab time tu dia bawak BMW.kecoh, tapi tak sedar yang kaya bukan dia tapi bapak dia. *emo sikit*

kalau ada yang terasa tu sy memohon sepuluh jari mintak ampun mintak maaf la..jangan cepat melenting, jadikan ikhtibar untuk kita sentiasa merendah diri. nasihat ni untuk diri sy sendiri jugak.

.
gamba ni jumpa kat google. gamba ni nak describe yang poor people are willing to eat anything as long as they can survive.


thanks for reading..;)

p/s: respect budak laki yang nenek sy mintak tolong ratakan pasir kat depan rumah sekarang ni. baru umur 18 tapi dah rajin tolong parents yang susah. pukul 7 pagi dah datang. kalau budak lain, confirm tengah proses air liur basi lagi. tak senonoh!

Friday, July 29, 2011

perempuan sila alert!!! senggugut dan kemandulan.

salam jumaat...
jom kita mulakan dengan bismillah...;)

perempuan dan haid memang tak dapat dipisahkan. kalau takde haid bukan perempuan lah namanya kan? kalau perempuan yang takda haid jugak, tu kuasa Allah la kan. ada yag datang haid dengan bahagia sebab tak rasa sakit senggugut, tapi ada yang time datang haid, derita sakit senggugut yang kuat.

kepada yang seggugut dia kronik, mcm sy jugaklah, kena la hati2 atau ambil jalan awal. sebab senggugut ni ada yang bahaya dan ada yang tak. yang bahaya tu bila terlalu teruk. sy punya senggugut memang dasyat sakitnya dan berselang2. kalau bulan ni teruk, bulan depan dah tak teruk, pastu berulang2 mcm tu lah untuk bulan2 seterusnya. kalau yang teruk tu, mak aihh, tak yah nak cakap la sakitnya mcm mana. bertungku mcm orang lepas bersalin la selalunya. Tapi yang bestnya, sekarang dah tak sakit. patutnya bulan ni sy sakit yang dasyat sgt, memang dah get ready la untuk ditimpa kesakitan senggugut tu. tiba2 tup tup dah period, tapi tak sakit apa2. Alhamdulillah, ni first time datang haid selepas guna herbalife. memang sgt membantu jugak utuk period pain encik herbalife ni.huhu. membantu untuk sy la, korang sy tak tau. belum cuba belum tau. Eleh, nk promote la tu miss tie! kompem mesti ada yg ckp mcm ni. well, this is how sy nk share benda yg baik kepada semua. kalau betul2 jadi, apa salahnya berkongsi kan. kalau yang nak sihat, sanggup buat pa je. kesihatan tu penting untuk masa depan kita dunia dan akhirat. kalau yag amalnnya belum cukup untuk bawak ke akhirat*mcm sy* kesihatan penting untuk bertaubat kepada Allah. *sy x layak nk ngomel panjang pasal hal ni. diri sendiri pun bnyk kekurangan lagi*

panjang pulak membebel.

berbalik kepada bahaya senggugut tadi, sy tak pandai nak cerita panjang sebab sy bukan doctor. tapi, sy ada baca dlm intenet ni untuk dikongsi.

petanda sebagai pemeriksaan awal

tau tak?senggugut ni bukan nak bagi korang rasa sakit je. sebenarnya senggugut ni bagi korang petanda untuk buat pemeriksaan awal untuk kesan endometriosis.

apa itu endometriosis?

sejenis penyakit yang berlaku bila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim yang sepatutnya tanggal time haid, tumbuh kat luar rahim sama ada di ovari, tiub fallopian, ligamen atau kat mana je dalam rongga pelvik. jangan terkejut, tisu endometrium ni boleh tumbuh kat pundi kencing, paru2, otak dan kat mcm2 tempat lagi dalam badan. so, bila dia tumbuh kat luar rahim, pertumbuhan dia tu menyakitkan and berubah mengikut perubahan hormon masa kitaran haid. time haid, tisu tu pecah and berdarah. disebabkan dia tumbuh luar  rahim, dia tak ada jalan keluar so berkumpul. kalau tumbuh dalam rahim takda masalah coz dia akan tanggal and keluar bersama cecair uterin sebagai darah haid. sebagai tindak balas, badan kita hasilkan satu tisu yang nama dia tisu parut untuk lindung tisu yang melekat and berparut akibat pengumpulan tadi. tindak balas ni la yang menyebabkan korang rasa sakit kat pelvik atau senggugut tiap kali haid. kalau yang dah kahwin tu akan rasa sakit time buat seks *sesuai ditonton oleh org 18 thn ke atas je*.

Kemandulan atau susah hamil.

jangan buat main dengan senggugut. serius sikit tau lebih2 lagi kalau korang dah senggugut sejak mula2 datang haid. sebab apa nak tau? korng berpotensi untuk jadi mandul atau boleh rosakkan kesuburan korang. tak mandul pun susah nak hamil la maknanye.sebabnya, pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ni menyebabkan kita susah mengandung.

Rawatlah sebelum terlambat


Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi. *ayat skema, copy and paste sudah*hihi.

jadi, apa lagi??? rawatlah diri sebelum terlambat. sape2 yang ada masalah kesihatan perlukan nasihat pasal nak cari benda2 untuk kesihatan sy boleh bantu. memang, sy bukan pandai sebab sy bukan doctor tapi sy boleh membantu jugak sikit2 berdasarkan hasil2 yang sy dah tgk dgn mata sendiri. orang yang tak nak membantu diri sendiri adalah org yang rugi..*tibe2..hhaha.

sekian, trima kasih. *mcm tulis surat cinta. :p


Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday tu apa?

salam rabu kepada semua...

wordless wednesday tu apa?
sy selalu sgt nampak bila blogwalking ade blogger punye entry sebelum tajuk die, die tulis
wordless wednesday..
pernah jugak tertanya2 tapi tak pernah tepikir nk google..
so, arini tbe2 rajinkan diri meng-google pasal wordless wednesday ni..
barulah tau apa tu wordless wednesday...

apakan daya, sy budak baru blajar and even blog ni dh wujud since end of 2009, baru sebulan dua ni je yang minat betul2 dtg berblogging ni...
kira baru nak belajar merangkak la ni...huhuuhu.

kepada blogger2 baru atau yang still xtau wordless wednesday ni apa, meh nak citer,...

wordless wednesday ni ialah bila setiap hari rabu bloggers boleh buat post tanpa apa2 celoteh...senyap je...bia gambar je yang menceritakan segalanya...so, bila rabu, post gambar je, dari gambar tu la pembaca boleh baca apa yang korang cuba sampaikan...lebih kurang mcm dlm gambar kat bawah ni...



tak paham lagi?? korang pegi kat sini...pahamkan kat situ yer...

selamat menjadikan hari2 rabu anda sebagai hari yang senyap tanpa kata, biar gambar yang menceritakan segalanya...cewah...hehehhe.

thanks for reading yer.........;)

Tuesday, July 26, 2011

senang ke nak kawen tak kerja lagi???

assalamualaikum, selamat pagi, selamat sejahtera, good morning and apa2 je la...

arini sy nak cakap hal kawen...
hal kawen time tak kerja lagi...
susah ke senang korang rasa bila nak kawen tapi tak kerja lagi and takda duit especially lelaki..
perempuan takpela, mak ayah tanggung semua kan..kalau mak ayah tak tanggung pun duit hantaran guna untuk majlis, tapi, duit laki jugak bagi jugak kan? kira memang laki la yang susah klu nak kawen..bukan susah apa, susah cari duit..

bila belajar tak habis lagi, kerja belum lagi, tapi nak kawen...salah ke???
tak salah kan?...tapi ade yg cakap gatal la itu la ini la...biarkan ape org nk cakap, diorang tau cakap je tapi tak rasa...dorang sanggup taggung dosa couple bertahun2 silakan je la...

ok, berbalik dgn tajuk senang ke susah nak kawen tapi tak kerja lagi...
SUSAH jawapan dia... tapi, senang jawapan dia kalau family si lelaki tanggung semua...
mcm hal sy, bf sy xnak susahkan parents dia...parents dia bukan banyak duit, sebagai anak yang baik, dia memang tak nak susahkan..sgt2 salute cinta hati sy ni......jadi, susah ckit la kitorang nak kawen bila dia tak keje lagi ni.... tapi, susah mana pun, bila kita nak buat sesuatu yang baik, Allah akan tolong...betul tak? sbb tu skrg kitorang dah jumpa jalan2 yang membolehkan kitorang kawen... bf sy dah bgtau segala mcm plan dia yang membolehkan kitorang kawen next year....harap2 plan tu menjadi....insyaAllah kitorang boleh jadi suami isteri thn depan..Amin....=)

thanks for reading para-para pembaca yang baik hati...;)

p/s: nak kawen masak tak pandai lagi ni....aiyoyo!! muahahhaaha...

Wednesday, July 20, 2011

kereta terbang ibarat transformer kini jadi realiti??

salam semua...
betul ke dunia bakal ada kete terbang mcm dlm transformer tu?
sape yang kuat berangan nak kete boleh terbang mcm dlm transformer tu mesti suka..
suke la kan klu boleh selesai satu masalah xyah duk terhimpit dlm kesesakan lalu lintas merata riti..

ni la kete terbang yg dikatakan tu.

menurut ape yang sy bace dlm utusan malaysia 19 julai 2011, ya, dunia bakal ada kete terbang ni 5 tahun lagi...
sekarang dorang dah dapat kelulusan dari pihak berkuasa US..
kete tu ada dua tempat duduk je, harga dia lebih kurang RM752,021. boleh terbang selaju 184 km sejam.

kalau korang nak tau lagi pasal cite ni klik kat sini. tak larat nak explain semua.(ayat orang mls)

nanti bile ade kete ni korang nak ke naik? i tak nak u, naik flight beribu kali pun still gayat takut..
ni kan pulak nak naik kete terbang, kecik mesti lagi senang kena tolak angin..takut la.. 

kalau nak pun, rasanya tak mampu eden nak beli hargo tu mahal sgtttttt....dekat sejutaaa weh...korang mampu??? yang mampu tu Alhamdulillah, bersyukur nikmat Allah kasi...tumpang jeles je la yer walaupun tak minat nak naik...ngeh3

itu sahaja untuk info kebabomm kecanggihan dunia sekarang...info plus popet2 sikit...pape pun, terima kasih la yer berenti untuk baca...;)

TATA...

p/s: dunia dah makin majuuuuu...dunia dah hampir ke penghujung...amalan kita dah kat penghujung ke baru kat garisan mula? ke kat garisan mula pun jauh lagi? sama2 kita renung2 kan untuk diri masing2 yer...

Saturday, July 16, 2011

bila kita nakkan sesuatu, Allah mesti tunjuk jalan.

salam semua..
korang semua mesti ada cita2 dan keinginan masing2 kan?
ada yang nak ada butik sendiri, ada yang nak bukak kedai kek, ada yang nak bukak tadika sendiri, ada yang nak kawin, ada yang nak sgt jadi civil servant, ada yang nak sgt2 kerja bgs sbb nak tolong mak ayah dan sebagainya.

kalau korang semua ada keinginan dan cita2 masing2, berusaha untuk mencapai cita2 korang tu.
jangan ada keinginan je, tapi bila nak buat beribu2 alasan. duit tak cukup la, tak larat la, rasa macam takkan capai la.
apa-apa pun, cuba dulu. asalkan apa yang kita nak buat tu baik, insyaAllah Allah akan tunjuk jalan.
contoh, klu kita nak kawin tapi duit takda, kalau kita usaha jugak untuk dapat kawin, insyaAllah Allah akan tunjuk cara.

mcm sy and bf, kami belajar lagi tapi nak kawin. kitorang beranikan diri mintak dengan parents. mula2 tak berani nak cakap tapi Alhamdulillah parents kitorang bagi. lepas dapat restu dari parents, mcm2 jalan yg kitorang nampak Allah tunjuk untuk kumpul duit. so sekarang, kami tengah usaha. walaupun tak banyak, sekurang2nya ada.

lepas tu, saya dipertemukan dengan herbalife oleh kwn sy. mcm2 sy tengok testimoni yang berjaya. so, sy cuba. Alhamdulillah, bdn sy yang mcm orang umur 50 thn ni sekarang dah ok. takda sakit2 pinggang yang dasyat, tulang lutut pun dah ok, takda sembelit and buasir pun hilang. badan saya pun dah turun berat badan 2kg dlm masa dua minggu. yang lagi dasyat, tenaga sy bertambah, mengalahkan tenaga lelaki..hehehe.
Alhamdulillah, ada hikmah jugak saya jumpa herbalife. insyaAllah saya akan cuba untuk terus dengan herbalife  and dapat income dari herbalife.

so, korang kalau ada apa2 yang korang nak buat, beranikan diri untuk buat dan cuba. sebab bila belum cuba belum tau. sama la sape2 yang teringin nak kawin tapi takut mak ayah tak bagi, cuba tanya diorang dulu. mana la tau mak ayah korang tu very open minded, semua dia nak tanggung ke kan...hehehe. point kat sini, cuba dulu baru boleh buat conclusion. ok?

renung2kan dan selamat beramal..hehehe.

p/s: nak tau pasal herbalife? boleh la contact sy yer. 0145488793.

Wednesday, July 13, 2011

KANTOI ;)

setiap 12 haribulan tiap2 bulan, sy ngan cinta hati sy akan wish kitorang punye ulangtahun couple.sebenarnya bukan ulangtahun sgt la tapi "ulangbulan"..hehe.  semalam 12.julai 2011.so, kitorang dah 4 tahun, 10 bulan couple. selalunya berlumba2 la nak wish. 

tapi semalam, cinta hati sy ni call pukul 12 mlm lebih untuk wish mcm biase la. lepas tu dia tanya sy yang sy tak ingat kan hari ni dah 12 haribulan kalau dia tak call. dia cakap lagi sy makin lama makin lupa benda ni. pastu sy kata la, "eh, tak la memg tunggu masa nak call je". dia tanya lagi, "betul ke?". so sy kata, betul la, mana boleh lupa benda ni (padahal memang lupa pun, memg tak ingat tarikh pun). kiranya dia dah caye la yg sy tak lupa.

tiba2 pagi dalam pukul 11 dia call. dia cakap "arini 13 julai la, ingatkan 12 julai". sy pun kata "eh??" and sy pun gelak besar.... hahahahaha. pastu dia cakap nampak sgt semalam (pagi pukul 12 a.m sebenarnya) time dia call tu sy memang lupa.....jadi, terpaksa la mengaku yang sebenarnya memg lupa....hahahaa.

KANTOI!!!

  sorry syg!  

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah, menang hadiah hampir 9k dari pameran pengantin anjuran urban vibe!

salam. ingat tak hari tu, entry sy yg bertajuk "apa yang membuatkan sy join online contest pameran pengantin tu? ingat kan? masa tu sy ckp kan yg sy teringin join contest yg menguji pengetahuan pasangan terhadap pasangan dia..hehe. akhirnya, memang betul, time final semalam, memang tu la ujian dia.. memang suka sgt2 dlm hati, tapi bimbang jugak sbb kitorang tak prepare apa2...

tapi Alhamdulillah, tak sangka jawapan kitorang tepat dgn apa yg dia tanya..kira memg masing2 dah kenal masing la..haha. sebenarnya tu atas nasib la..ada jugak yg sy tak tau..nasib dpt soalan yg boleh membantu..time umum hadiah tu mcm x caye dia kata tempat pertama pasangan "D". lupa nak ckp, time ujian tu kitorang jadi group D sebab time like2 tu kitorang dpt tempat keempat...

best2 and happy sgt2...yang tak sangka lagi kitorang mampu buat walaupun kitorang ni malu giler klu hal2 mcm ni..terutama cinta hatiku yang sgt sporting semalam..dia maintain cool mcm takda perasaan kat atas pentas tu..sampai host yg perempuan tu asyik menyakat dia je..hehe.

terima kasih pameran pengantin anjuran urban vibe..urban vibe memang best! crew2 diorang pun best baik sgt2! klu tak sebab diorang, mesti tak merasa join contest mcm ni...

disebabkan dpt nom satu, kami pilih hadiah dulu... kami pilih set bilik tidur dari roxxi bernilai RM6999 and outdoor photoshoot dari eddie-photovideo.com bernilai RM1500. best kan?hehe.





dalam paper bag yg kitorang dapat, ada apple ni..apple memg sinonim dgn snow white. tema pameran pengantin kali ni "mirror mirror on the wall", so sbb tu dpt apple! apple ni disalut dgn choc oleh Moi chocolat warisan muda.

thanks for reading kwn2 yg baik hati! :)

p/s: klu dapat upload pic time ujian atas pentas tu lagi best tp takda.. korang yang bakal kawen dah pergi ke? klu belum hari ni last..bnyk sgt promotion yg best...klu belum nak kawen pun bleh pergi ambik mood kawen..hehehe

Friday, July 8, 2011

diuji sakit buah pinggang ketika umur baru 23 thn!

salam semua. semoga anda dalam keadaan sihat.

ni entry yg kedua pasal maliki. sedih pikirkan maliki dengan nasib dia.
kesian Maliki, besar betul ujian yang Allah bagi kat dia. baru umur 23 tahun dah kena sakit buah pinggang. kalau dah sah dua2 tak berfungsi, kena buat dialisis. seminggu lebih kurang tga kali. sekali buat kalau tak silap dalam 200 jugak.

kita yang sihat ni, jaga2 la kesihatan, makan makanan yang sihat, kurangkan fast food and yang penting kurangkan stress. hypertension boleh menyebabkan sakit yg kronik jugak.

semoga Maliki tabah dengan ujian ni. sama-sama la kita doakan. Amin.

cara nak top up credits dalam waktu terdesak!

pernah tak tengah2 malam sedang2 korang tengah bergayut tiba2 credit korang habis? yang lagi teruk pernah tak tengah2 orang bergaduh dengan boyfriend tengah2 malam, credit habis. tak settle lagi problem, nak cakap lagi dgn boyfriend, tak sempat mintak maaf tapi nak pergi top up dah tak boleh sebab takda orang jual tgh2 malam. kecuali 7E tapi xkan nak kuar malam2 kan? sekarang dah ada cara mudah...


kini, korang boleh top up bila2 masa and kat mana2 je dgn hotlink iChannels!

With #HotlinkIChannels, u can top-up whenever, wherever!u can now top up while surfing the net, on your mobile phone, or even at ATMs!

nak tau lagi? With #HotlinkIChannels, klik kat sini!

Thursday, July 7, 2011

kisah anak mati dalam kereta.

salam semua.
hari ni saya dengar dua kisah budak atau anak mati dalam kereta kerana kecuaian ibu bapa. sedih betul. tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa jugak, mungkin tu dah ajal dia, jadi tu hanya sebab penyebab dia mati je. cuma smua parents kena ambik ikhtibar dari kisah ni.

kisah pertama:
ada baca paper hari ni tak? 7 julai 2011. tentang budak 10 tahun mati dalam kereta di seremban. kejadian tu berlaku di sekolah ABIM. sekolah seri seremban. sekolah ni merupakan sekolah adik sy yg form 3 yg bongsu.

menurut apa yang dibaca dalam paper, budak perempuan ni tak nak turun dari kereta bila sampai kat sekolah. dia nak cari kasut. so, mak dia yang merupaka ustaah di sekolah tu tinggal je dia dalam kereta dengan kunci. pukul 2 bila dia pergi semula kat kereta baru dia sedar yang anak dia tak masuk sekolah. bila jumpa anak dia dah layu.

adik saya kata, dia dengar orang cakap otak dah cair sebab lama sangat duduk dalam kereta tu. logik jugak kan? yang menjadi tanda tanya mak and ayah dia and semua orang, kenapa budak tu tak nak keluar dari kereta? apa yang adik saya cakap lagi, rumors mengatakan mungkin dia malu nak keluar sebab nanti orang tengok dia bila dengar bunyi kereta.

kisah kedua:
cerita ni kisah benar yang diceritakan oleh nenek. kejadian berlaku di kawasan kejiranan rumah mak cik saya di klate. asalnya, ayah kepada budak yg berumur antara 4, 5 atau 6(nenek tak sure) datang rumah sepupu dia sebab sepupu dia meninggal. so, ayah dia sibuk menolong menguruskan jenazah sampai la dia pergi ke kubur dia lupa yang anak dia ada dalam kereta. lepas dah tanam mayat baru dia teringat.

yang sedihnya anak dia dikunci dalam kereta tu. kalau bukan sebab ajal dia, maybe dia dah keluar kalau dia pandai buka pintu. betul tak? sambung cerita, bila ayah dia balik rumah and cari anak dia dalam kereta, anak dia dah tak bernyawa.

sedih kan? mula2 tanamkan jenazah sepupu, lepas tu anak sendiri pulak. nak buat mcm mana kan semua tu dah takdir Allah swt.

apa2 pun kepada ibu bapa and bakal2 ibu bapa, utamakan keselamatan anak2 kita. kalau kita lambat sekalipun, tengok pergerakan anak kita dulu. pastikan dia dah berada di tempat yang betul. pastikan dia selamat. memang semua takdir Allah, tapi kita kena berusaha yang terbaik.

takziah kepada keluarga mangsa. sama2 la kita sedekahkan Al-fatihah.

sekian.terima kasih.

p/s: walaupun sedih, ibu bapa diorang beruntung sebab anak2 mereka belum baligh, dapat jadi ahli syurga.sy pernah dgr, anak2 yang belum baligh boleh tarik ibu bapa diorang masuk syurga jugak.betul tak?

Wednesday, July 6, 2011

jawapan kepada soalan orang mulut busuk

tadi jalan-jalan tengok blog. terbaca la satu entry dari orang mulut busuk ni punya blog. orang mulut busuk ni tak glamour tapi ramai la jugak followers dia. tapi perasan bagus.

orang mulut busuk cakap, "kenapa nak berblogging kalau takda orang nak comment pun entry kau!".
jawapan: dah minat masing2 suka hati mak bapak dia la! buat apa nak paksa orang comment!

orang mulut busuk cakap, "ek-eleh sikitnya followers, baik takyah ada blog!"
jawapan: suka hati la kalau takda tulis pastu baca sendiri.ok apa??

orang mulut busuk cakap, "kalau nak berblogging takyah la baik sangat,bukan masuk neraka pun!"contoh yang baik tu,"terima kasih awak sebab baca blog saya, takpun "arini saya nak cakap" saya baik?? terasa mek!
jawapan:memang tak masuk neraka tapi suka hati mak bapak diorang la( dah habis baik ni). untuk saya, memg saya tak pandai nak guna aku! dgn yg dah biasa rapat je. mana la tau makcik2 ke nenek2 ke yang tiba2 masuk baca blog ni kan. (ada ke??). ok, start harini guna aku kau aku lembu! ok?

sekian dari AKU!

p/s: sekarang dah perasan minat blogging dah semakin bertambah2. biar la takda orang nak baca pun. ada aku kesah? kalau hidup asyik kisah dengan apa yang orang kata je sampai bila nak berjaya! bukannya buat kerja jahat. betul tak? betul!!! (jawab sendiri sebab takda orang baca)

Tuesday, July 5, 2011

seafood dihidangkan dengan ipod!

salam semua..
korang pernah dengar tak nama Heston Blumenthal? pernah?? mesti korang yg penah ni suka tengok masterchef kan? takpun korang ni culinary student.betul tak? hehe.




tak kesah la penah ke tak. yg penting nak bgtau kat sini dia ialah chef terkenal kat dunia ni.. chef nombor 3 di dunia. dia ni masak mcm2 semua menarik..teringin gler nak makan. tapi was2 la kan dia mat salleh halal ke tak?? tu persoalan dia.

yang bestnye, dia buat makanan rupa dia sebijik pantai. pastu sae yang pegi makan kat restoran tu dia hidangkan sekali dengan ipod yg dia letak dlm cengkerang. tapi ipod tu bukan untuk dgr lagu lain.dia bagi tu untuk dengar bunyi laut. konon2 korang tengah makan tepi laut la.

nama makanan tu "Sound of The Sea". dia amek mase 3 tahun pikir nak cipta makanan ni. ni namanya org yg betul2 minat dengan makanan and memasak. korang? minat jugak..minat makan je kan???muahahaha.

jom tengok rupa "Sound of The Sea" and menu2 ciptaan dia yg laen. kompem korang meleleh air liur sampai busuk!



nampak tak ipod dalam tu??


yang atas ni nama dia "meat fruit". korang jangan tertipu. nampak mcm buah kan?? sebenarnya tu daging je semua. mcm2 jenis daging dia jadikan mcm real fruit. impressive!


yang ni pulak coklat. nampak mcm lilin betul kan? sodapnyo!!

Mushroom!

kalu hok ni ambo tokse la! goli den!

kalau nk tgk lagi google sendiri la eh..haha.

cuba tgk makanan yg i masak untuk menu arini. best tak? boleh join Masterchef tak? setanding Heston masak tak??muahahaha.
sup sayur

tak nampak ape rupe kan? ikan masak kicap.

yg mane korang minat?yg Heston or saya??muahahaha.

thanks for reading!

p/s: lupe lak nak hidang kat nenek makan tadi kasi ipod jugak bagi dgr suara ikan2..makan ikan kena dengar suara ikan la.btul tak??

Join the Great ChurpChurp Race Season 2

Join the Great ChurpChurp Race Season 2

hadiah2 best seperti iPad2 and mcm2 lagi..rugi gak kalau tak try..mcm mane nak join? korang kena sign up dulu.. klik la kat sini kalau tak tau nak sign up.

belum cuba belum tau!

AKU BENCI KAU!

AKU BENCI KAU!

AKU TAKLEH TNGOK SIKIT PUN MUKA KAU!
JANGAN INGAT AKU TAK BERANI DEKAT DENGAN KAU SEBAB AKU TAKUT!
AKU GELI NAK DEKAT DENGAN KAU!
TENGOK GAMBAR KAU AND ADIK BERADIK KAU PUN AKU TAK MAMPU! INIKAN NAK DEKAT!
KAU KOTOR! KAU JAHAT!
MEMANG DARI KETURUNAN NENEK MOYANG KAU LAGI DAH JAHAT!
NAPE KAU SEBOK SANGAT NAK MENEMPEK DIRI KAU KAT RUMAH ORANG HAH???
KAU PEGI JAUH2!!
KALAU ADA KAU MOOD AKU HILANG TERUS!

AKU BENCI KAU CICAK!!!!

Saturday, July 2, 2011

ape yg membuatkan sy join Fb online contest Pameran Pengantin tu?

salam semua...
arini sy nk cite mcm mane sy boleh nk join contest ni. padahal sy ni jenis yg malu la nk join benda2 yg meng-exposekan diri ni..tapi bile tgk contest ni trus tepikir nk join..tapi amek mase dua hari jugak la nk decide whether to join or not. why? 1)pikir nanti ape org kate. 2) tak confident boleh menang 3) takut merimaskan org2 yg kite mintak simpati untuk vote (ya,sy tau ade yg rimas. so, sy mintak maaf kat sini.) tapi,lepas discuss ngn my boyfie, we decided to join. amek peluang, jgn pkir ape org kate..

ok now, knp sy nk join sgt..
1)sbb hadiah die? yes betul, sbb hadiah die best walaupun bukan taja kawen 100% boleh la tlg mama ayah kurangkan blanje kan?
2) sebab nak kawen dah? hmm..memg nak kawen thn dpn tapi memg xtau lg tarikh die bile..tapi since the prizes valid til jun 2012, kena la kawen before tu kan??

kedua2 jawapan di atas adalah antara sebab penyebabnye..tapi, bukanlah yg utama..jeng3!

sbb utama ialah sy penah berangan and cakap kat bf sy yg sy nk sgt masuk contest yg die uji tahap pengetahuan pasangan pasal pasangan dia. contohnye, ape yg pasangan die suke, ape yg tak suke, suka mkn ape, suke buat ape and bla bla bla...berangan gila, mengade kan?? haha.. bia la mengade pun semua org ade angan2 masing2..btul tak?hihi...



so, bile contest ni kate top 5 undian yg terbanyak akan diuji time kat PICC 9 julai nanti, sy pun ape lagi, excited sgt2 tringin nk masuk ( walaupun tak tau lagi ape bentuk ujian die tu!). yang paling penting, menang atau kalah, bukan hadiah yg utama..yg sy nk sgt ialah pengalaman tu..pengalaman masuk contest! lagi2 bersama Cinta Hati..hehe

trime kasih pada yg tolong like pic sy..terutamanye pada adik-beradikku, sadik2 spupuku yg baek ati tolong kak tie diorg dgn penuh smangat..bg pinjam account and tolong promote..trime kasih kat kwn sy yg paling baek ati yana and As yg bersungguh jugk tlg promote(sgt2 terharu) hehe..trime kasih sgt2 kat MAMA jugak yg memg supportive! i love u MAMA!

satu lagi sgt berterima kasih ialah pada si A ni. sy mintak die vote pastu die siap ajar lagi cara2 masuk contest fb..rupe2nye kena exchange vote...sy yg first time ni mane la tau kan..alang2 admin pameran pengantin pun bagi swap vote, so sy ape lagi pinjam account adik2 and sepupu2. owh lupe, account makcik2 sy pun sy pinjam..hehe. sape berusaha die akan berjaya..no effort, no success! klu tak exchange vote confirm la tak dapat top 5 kan..sy ni bukannye glamour, sape la yg nk like pic tu...huhu

sgt2 excited nk pegi PICC 9 julai ni walaupun dlm hati ni malunye nanti..haha.
skali lagi, thanks semua yg tolong!!! really2 appreciate jasa budi korg. xkesah la secara suka hati atau paksa hati tolong. ;)

ni pic yg kitorg gune utk contest tu. credit to my beloved twin! pic ni mase awal 2010.


ni pulak hadiah2 yg bakal dapat. (sila klik pada gambar,ceq dh xreti nk bg clear lagi)

sekian, thanks for reading!


p/s: agak-agak ujian kat PICC tu spt yg diangankan tak? hehehe..