Thursday, July 7, 2011

kisah anak mati dalam kereta.

salam semua.
hari ni saya dengar dua kisah budak atau anak mati dalam kereta kerana kecuaian ibu bapa. sedih betul. tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa jugak, mungkin tu dah ajal dia, jadi tu hanya sebab penyebab dia mati je. cuma smua parents kena ambik ikhtibar dari kisah ni.

kisah pertama:
ada baca paper hari ni tak? 7 julai 2011. tentang budak 10 tahun mati dalam kereta di seremban. kejadian tu berlaku di sekolah ABIM. sekolah seri seremban. sekolah ni merupakan sekolah adik sy yg form 3 yg bongsu.

menurut apa yang dibaca dalam paper, budak perempuan ni tak nak turun dari kereta bila sampai kat sekolah. dia nak cari kasut. so, mak dia yang merupaka ustaah di sekolah tu tinggal je dia dalam kereta dengan kunci. pukul 2 bila dia pergi semula kat kereta baru dia sedar yang anak dia tak masuk sekolah. bila jumpa anak dia dah layu.

adik saya kata, dia dengar orang cakap otak dah cair sebab lama sangat duduk dalam kereta tu. logik jugak kan? yang menjadi tanda tanya mak and ayah dia and semua orang, kenapa budak tu tak nak keluar dari kereta? apa yang adik saya cakap lagi, rumors mengatakan mungkin dia malu nak keluar sebab nanti orang tengok dia bila dengar bunyi kereta.

kisah kedua:
cerita ni kisah benar yang diceritakan oleh nenek. kejadian berlaku di kawasan kejiranan rumah mak cik saya di klate. asalnya, ayah kepada budak yg berumur antara 4, 5 atau 6(nenek tak sure) datang rumah sepupu dia sebab sepupu dia meninggal. so, ayah dia sibuk menolong menguruskan jenazah sampai la dia pergi ke kubur dia lupa yang anak dia ada dalam kereta. lepas dah tanam mayat baru dia teringat.

yang sedihnya anak dia dikunci dalam kereta tu. kalau bukan sebab ajal dia, maybe dia dah keluar kalau dia pandai buka pintu. betul tak? sambung cerita, bila ayah dia balik rumah and cari anak dia dalam kereta, anak dia dah tak bernyawa.

sedih kan? mula2 tanamkan jenazah sepupu, lepas tu anak sendiri pulak. nak buat mcm mana kan semua tu dah takdir Allah swt.

apa2 pun kepada ibu bapa and bakal2 ibu bapa, utamakan keselamatan anak2 kita. kalau kita lambat sekalipun, tengok pergerakan anak kita dulu. pastikan dia dah berada di tempat yang betul. pastikan dia selamat. memang semua takdir Allah, tapi kita kena berusaha yang terbaik.

takziah kepada keluarga mangsa. sama2 la kita sedekahkan Al-fatihah.

sekian.terima kasih.

p/s: walaupun sedih, ibu bapa diorang beruntung sebab anak2 mereka belum baligh, dapat jadi ahli syurga.sy pernah dgr, anak2 yang belum baligh boleh tarik ibu bapa diorang masuk syurga jugak.betul tak?

3 comments:

EARNic said...

allah..mesti sedih gila mak dia. tu la kadang2 benda kecil gitu leh bawak maut

sekamar rindu said...

salam..

saya pun sangat terkejut membaca berita ini..

***MCM mana boleh lupa??

~miss tie~ said...

wslm.. tu la kadang2 benda yang kita nampak remeh tu sebenarnya yg lagi bahaya..

dalam kedua2 kejadian tu parents diorang rushing. maybe sebab tu kot 'ter'lupa...