Tuesday, August 9, 2011

wanita solehah di dunia lebih baik dari bidadari syurga

salam 9 Ramadhan kepada semua... sepanjang 9 hari puasa ni sy x pnh lagi update blog...bile puasa blogging pun kena puasa jugak la kan..hehe. 


tapi hari ni nak rajinkan diri update coz nk share something dgn kaum2 hawa lepas tengok ulangan semanis kurma ..tapi kaum2 Adam pun boleh baca jugak.. jemputan kali ni siti sarah and suami dia shuib sepah tu. *jeles tgk org baru kawin berseri2 muka bahagia..;). tajuk tadi pasal bidadari syurga.


korang tau kan bidadari syurga ni sgt2 cantik, sgt2 putih melepak and takda sape2 boleh lawan memang sgt2 sempurna. bidadari disediakan oleh Allah kepada mereka-mereka yang bertaqwa. bila masuk syurga, suami2 kita dah disediakan dengan bidadari-bidadari. kat setiap dada bidadari dah tertulis nama suami mereka. 


persoalannya sekarang, korang tak nak ke jadi bidadari untuk suami korang kat syurga nanti? kita cinta and sayang suami kita, tapi tak dapat bersama dia time kat syurga, sedih tak? confirm sedih kan?? jadi, wahai kaum2 hawa, yang dah bergelar isteri dan yag belum bergelar isteri, taat la pada suami korang, dapatkan keredhaan Allah dan keredhaan suami korang, jadilah isteri yang solehah, taat pada Allah, solat dan beribadat la kepada Allah. kalau jadi wanita and isteri solehah, dapat masuk syurga bersama2 suami, Ya Allah, indahnya hidup di dalam syurga bersama2 suami.. sesungguhnya wanita solehah di dunia itu lebih baik dari bidadari syurga.


tak sangka kan wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga? cuba tengok hadis ni;


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawabWanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin. Aku berkata, Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


tengok betul2 hadis kat atas, Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning. apa makna ni? maknanya kita akan dijadikan sebagai bidadari di syurga nanti la kan? betul tak? *kalau tak betul sila komen and betulkan ya?


wahai kaum hawa, sama-samalah kita mengubah diri menjadi wanita solehah dan apabila kita berkahwin, jadilah isteri yg solehah. sama-samalah kita berkejar-kejar berebut-berebut untuk ditempatkan di dalam syurga. tiada yang lebih indah selain dapat menjadi ahli syurga. sanggup ke korang jadi buruk? muka hangus hitam terbakar dalam api. bukan  tak cantik je tapi seksa panas kesakitan. kat dunia bila panas atau sakit kita boleh mintak tolong lagi. tapi kat neraka, ada ke yg boleh tolong kita? takde kan?? 


jangan kita tunggu nanti2 baru nak berubah..mati tak mengira usia..kita tak tau bila2 kita mati. tapi yang pasti, kita sekarang dah 'bertunang dengan MATI' cuma tarikh 'nikah dengan MATI' je kita tak tau bila.


wahai kaum hawa, tutuplah aurat korang. wanita yang cantik ialah wanita yag menjaga maruah dia. perkara mula2 sekali yang kita perlu lakukan ialah dengan menutup aurat sbb aurat tu maruah kita. kalau korang rasa menonjolkan aurat2 korang tu lebih cantik dari menutup, sy sarankan korang cuba bakar muka korang dengan api panas, apa rasa dia? kalau korang tak rasa sakit, teruskanlah tonjolkan segala aurat korang tu. 


dan kepada yang memakai tudung seperti sy sendiri, jangan sekadar memakai tudung tetapi berbaju ketat dan menampakkan bentuk2 badan. labuhkanlah tudung kita. ok?


sy berpesan2 ni bukan untuk korang je tapi untuk diri sy jugak. maybe ade yg ckp *mcm lah kau tu bagus sgt* ya, sy tak bagus. hidup sy penuh dgn dosa-dosa yang sengaja atau tak disengajakan. sy belum lagi menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. tapi sekarang sy sedang cuba mengubah diri satu persatu. InsyaAllah, dengan bantuan Allah sy akan berubah ke arah yang lebih baik.


*Ya Allah, syukur kepadaMU kerana telah membuka mataku sekarang dan memberi petunjuk kepadaku. sesungguhnya aku hambaMU yang hina. terima kasih Ya Allah, kerana engkau masih lagi menyayangiku Ya Allah. bantulah aku untuk berubah dan lebih dekat kepadaMU Ya Allah. dan Ya Allah, apabila aku telah berkahwin nanti, bimbinglah aku dan suamiku untuk menjadi pasangan yang hidup berlandaskan syariat Islam. bimbinglah kami supaya sentiasa dekat denganMU.


sekian terima kasih. semoga hadis ni menjadi inspirasi untuk memperbaiki diri kita.





No comments: