Thursday, November 10, 2011

SAYA DAH NAK MATI? SEDANG BERTUNANG DGN KEMATIAN

salam semua. sihat tak? harap2 sihat la yer.

pelik and takut tak dengar tajuk entry ni? sy dah nak mati. yup, memang sy dah nak mati. bukan sy je tapi semua orang dah nak mati cuma tak tau bila and tak sedar diri je lagi yang kita semua akan mati. betul tak? and semua orang pun sedang bertunang dengan kematian. cuma tarikh untuk berkahwin dengan kematian je belum tau lagi.

sebenarnya minggu lepas mama sy call dari Mekah. time tu baru 4 atau 5 hari dia kat Mekah. tapi, masa mama call tu mama tanya "tie nak jubah kan?". sy jadi pelik sebab awal lagi kalau mama nak pikir pasal beli2 jubah ni.Haji pun tak start lagi. so, sy tanya "nape mama tanye pasal jubah ni, kan lame lagi nak balik?" lepas tu baru la mama berani nak citer hal sebenar. mama cakap "sebenarnya malam tadi mama mimpi tie, mama mimpi tie mati". Astagfirullah...terkejut sy dengar terus meleleh air mata. sy pun ckp kt mama nape mama mimpi mcm tu sedih sgt2. lagi2 mimpi kat Mekah. Mama pun cakap yag die sedih sgt2 time mimpi and lepas sedar dari mimpi pun sedih sgt2 lagi. tapi, mama cakap, ayah cakap panjang umur la tu kalau mimpi macam tu. Harap2 sgt la ape yg ayah cakap tu betul kan. tak bersedia lagi nak mati. persiapan nak ke alam sana pun tak banyak lagi. ;(. bila bagitau mek(nenek) yg kat Mekah jugak sekarang ni, mek cakap "tie nak sembuh la tu". sembuh maksud die sebab sy selalu sgt sakit2 dlm perut and sakit2 lain so maybe nak sembuh la.

so, apa pendapat korang. korang tau tak pasal tafsir mimpi ni? orang cakap mimpi ni mainan syaitan. tapi ade jugak yang boleh ditafsir. kalau siapa ade tau ape2 yang boleh menenangkan sikit hati ni tolong la share yer.. 

ape2 pun berdoa je la banyak2 kat Allah untuk dipanjangkan umur ni kan. mimipi ke tak mimpi ke same je kan. semua pasti mati. *sedapkan hati sendiri*;)

sekian, thanks for reading..

p/s: sesiapa yang kenal diri ni kalau ada salah and silap maaf kan yer. kita semua tak tau bila turn kita. yang pasti kita sedang bertunang dengannya.

No comments:

There was an error in this gadget