salam jumaat...
jom kita mulakan dengan bismillah...;)
perempuan dan haid memang tak dapat dipisahkan. kalau takde haid bukan perempuan lah namanya kan? kalau perempuan yang takda haid jugak, tu kuasa Allah la kan. ada yag datang haid dengan bahagia sebab tak rasa sakit senggugut, tapi ada yang time datang haid, derita sakit senggugut yang kuat.
kepada yang seggugut dia kronik, mcm sy jugaklah, kena la hati2 atau ambil jalan awal. sebab senggugut ni ada yang bahaya dan ada yang tak. yang bahaya tu bila terlalu teruk. sy punya senggugut memang dasyat sakitnya dan berselang2. kalau bulan ni teruk, bulan depan dah tak teruk, pastu berulang2 mcm tu lah untuk bulan2 seterusnya. kalau yang teruk tu, mak aihh, tak yah nak cakap la sakitnya mcm mana. bertungku mcm orang lepas bersalin la selalunya. Tapi yang bestnya, sekarang dah tak sakit. patutnya bulan ni sy sakit yang dasyat sgt, memang dah get ready la untuk ditimpa kesakitan senggugut tu. tiba2 tup tup dah period, tapi tak sakit apa2. Alhamdulillah, ni first time datang haid selepas guna herbalife. memang sgt membantu jugak utuk period pain encik herbalife ni.huhu. membantu untuk sy la, korang sy tak tau. belum cuba belum tau. Eleh, nk promote la tu miss tie! kompem mesti ada yg ckp mcm ni. well, this is how sy nk share benda yg baik kepada semua. kalau betul2 jadi, apa salahnya berkongsi kan. kalau yang nak sihat, sanggup buat pa je. kesihatan tu penting untuk masa depan kita dunia dan akhirat. kalau yag amalnnya belum cukup untuk bawak ke akhirat*mcm sy* kesihatan penting untuk bertaubat kepada Allah. *sy x layak nk ngomel panjang pasal hal ni. diri sendiri pun bnyk kekurangan lagi*
panjang pulak membebel.
berbalik kepada bahaya senggugut tadi, sy tak pandai nak cerita panjang sebab sy bukan doctor. tapi, sy ada baca dlm intenet ni untuk dikongsi.
petanda sebagai pemeriksaan awal
tau tak?senggugut ni bukan nak bagi korang rasa sakit je. sebenarnya senggugut ni bagi korang petanda untuk buat pemeriksaan awal untuk kesan endometriosis.
apa itu endometriosis?
sejenis penyakit yang berlaku bila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim yang sepatutnya tanggal time haid, tumbuh kat luar rahim sama ada di ovari, tiub fallopian, ligamen atau kat mana je dalam rongga pelvik. jangan terkejut, tisu endometrium ni boleh tumbuh kat pundi kencing, paru2, otak dan kat mcm2 tempat lagi dalam badan. so, bila dia tumbuh kat luar rahim, pertumbuhan dia tu menyakitkan and berubah mengikut perubahan hormon masa kitaran haid. time haid, tisu tu pecah and berdarah. disebabkan dia tumbuh luar rahim, dia tak ada jalan keluar so berkumpul. kalau tumbuh dalam rahim takda masalah coz dia akan tanggal and keluar bersama cecair uterin sebagai darah haid. sebagai tindak balas, badan kita hasilkan satu tisu yang nama dia tisu parut untuk lindung tisu yang melekat and berparut akibat pengumpulan tadi. tindak balas ni la yang menyebabkan korang rasa sakit kat pelvik atau senggugut tiap kali haid. kalau yang dah kahwin tu akan rasa sakit time buat seks *sesuai ditonton oleh org 18 thn ke atas je*.
Kemandulan atau susah hamil.
jangan buat main dengan senggugut. serius sikit tau lebih2 lagi kalau korang dah senggugut sejak mula2 datang haid. sebab apa nak tau? korng berpotensi untuk jadi mandul atau boleh rosakkan kesuburan korang. tak mandul pun susah nak hamil la maknanye.sebabnya, pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ni menyebabkan kita susah mengandung.
Rawatlah sebelum terlambat
Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.
Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi. *ayat skema, copy and paste sudah*hihi.
jadi, apa lagi??? rawatlah diri sebelum terlambat. sape2 yang ada masalah kesihatan perlukan nasihat pasal nak cari benda2 untuk kesihatan sy boleh bantu. memang, sy bukan pandai sebab sy bukan doctor tapi sy boleh membantu jugak sikit2 berdasarkan hasil2 yang sy dah tgk dgn mata sendiri. orang yang tak nak membantu diri sendiri adalah org yang rugi..*tibe2..hhaha.
sekian, trima kasih. *mcm tulis surat cinta. :p